June 10, 2012

Isu Berhubung Perkahwinan Dgn Ahli Kitab

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [al-Maidah : 5]

Ok, di dalam ayat di atas, ada 2 poin utama berkait isu KAHWIN dengan ahli Kitab.


1. Halal Lelaki Muslim kahwin dgn perempuan Ahli Kitab yang baik-baik.

2. HARAM bagi sesiapa yang “engkar” dengan “menafikan” hukum tersebut.

==================


Boleh Kahwin Perempuan Ahli Kitab


Pertama sekali, kita kena ingat, AQ adalah relevan dan sesuai sehingga ke akhir zaman. Selagi tidak ada ayat nas yang menasakhkan sesuatu nas yang lain, tidak ada sesiapa pun yang berhak kata sesuatu HUKUM itu sudah tidak relevan. Begitu halnya dengan isu ini. Ayat 5 yang ditulis di atas tidak pernah dinasakhkan (dibatalkan), maka ia masih VALID.


Maka : Hukum Kahwin adalah BOLEH


================


Ibnu Umar ?


Telah disebutkan di atas, bahawa tercatat dalam Fiqh Aqalliyat – Dr Yusuf AQ bahawa antara pendapat yang mengatakan bahawa Ahli Kitab sudah tidak wujud adalah dari pendapat Syiah Imamiyah dan Ibnu Umar.


Syiah kita dah tolak.


Manakala Ibnu Umar, bukanlah sebenarnya dia mengatakan tidak wujud lagi Ahli Kitab. Tetapi lebih kepada beliau tidak bersetuju dengan KAHWIN AHLI KITAB di kalangan umat ISLAM. Hal ini ada disebut dalam Feqh Sunnah – Syed Sabiq sendiri.


Bila ditanya kepada Ibnu Umar tentang laki-laki Muslim kahwin dengan perempuan Yahudi dan Kristian, maka jawabnya :


“Allah telah mengharamkan orang-orang Mukmin daripada kahwin degan perempuan musyrik. Sedangkan menurut saya, tidak ada perbuatan musyrik yang lebih besar daripada perempuan yang mengatakan Isa sebagai Tuhannya atau salah seorang dari Tuhannya. (Trinity)”


Benar, dalam ayat 221: al-Baqarah sudah pun dijelaskan oleh Allah tentang haramnya berkahwin dengan wanita MUSYRIK.


Tapi, telah dijelaskan dgn teliti di atas, bahawa perempuan Musyrik dan Ahli Kitab ini sebenarnya adalah 2 perkara berbeza, dan ini bukan saya yang kata, tetapi AQ sndiri iaitu pada ayat 1: al-Bayyinah :


“Orang-orang yang kafir di ANTARA Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) dan orang-orang musyrik, tiadalah mahu meninggalkan agamanya, sehingga sampai kepada mereka keterangan”


Pada ayat tersebut jelas bahawa orang Musyrik bukanlah Ahli Kitab, dan Ahli Kitab juga bukanlah orang Musyrik walaupun pada hakikatnya mereka mensyirikkan ALLAH !


Dari Qurthubi, Nuhas berkata : Pendapat ini (yakni pendapat Ibnu Umar) menyimpang dari pendapat kelompok majoriti yang telah dijadikan hujah. Sebab yang berpendapat HALAL kahwin dengan perempuan Ahli Kitab itu terdiri dari ramai golongan sahabat dan tabi’en.


Antara golongan sahabat : Saidina Uthman b ‘Affan, Thalhah, Ibnu Abbas, Jabir dan Hudzaifah (r.anhum)


Antara tabi’en : Saib b Musayyab, Said b Jubair, al Hasan, Mujahid, Thawus, Ikrimah, Sya’biey, Dhahak dan ahli2 Feqh dari berbagai negeri Islam


Saidina Uthman ra sndiri pernah berkahwin dgn Nailah anak perempuan Farafishah Kalbiyah dari Bani Kalb yg beragama Kristian dan akhirnya perempuan itu masuk Islam setelah menjadi isterinya. Juga Hudzaifah yang berkahwin dengan perempuan Yahudi penduduk Madain.


Jabir ra pernah ditanya tentang kahwin dengan perempuan Yahudi dan Kristian. Jawabnya:


Kami pada waktu penaklukan negeri Syam telah berkahwin dengan golongan mereka itu bersama-sama dengan Saad b Abi Waqqas.


Malah terdapat juga riwayat mengatakan RasuluLlah SAW sndiri telah berkahwin dgn Mariah Qibtiah dari puak Qibti dan melahirkan seorang putera bernama Ibrahim, sedangkan Mariah kekal dlm agamanya.


Maka : Pendapat Ibnu Umar dalam hal ini LEMAH dan TIDAK KUAT serta bertentangan dengan sekalian majoriti para sahabat yang lain.


================


Antara Syarat2 Kahwin dgn Ahli Kitab


A) Muslim di pihak lelaki dan ahli kitab di pihak Kristian. Ini kerana orang lelaki lebih berpengaruh dan berkuasa serta kuat berbanding golongna perempuan. Jika lelaki yang beragama Kristian dan isterinya yang beragama Islam maka tak sah perkahwinan tersebut.


B) Anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut hendaklah beragama Islam


C) Prof Dr Hamka pula mensyaratkan lelaki mestilah beriman. Ini kerana dia bakal berhadapan dengan mentua dan ipar-ipar yang beragama kristian.


D) Dalam keadaan tertentu pihak berkuasa boleh menegah perkahwinan atas dasar kepentingan agama dan negara. Contohnya jika di suatu kawasan perempuan Kristian ramai yang cantik dan perempun Islam kurang cantik. Jadi ramai lelaki Islam ingin mengahwini perempuan Kristian, ini akan menyebabkan wanita Islam tak ada jodoh dan menjadi andartu.


------------------------


Dlm sebuah keputusan muzakarah Majlis fatwa kebangsaan Mei 1980:


1. Nikah orang islam dgn perempuan kitabiyyah (bukan asli) adalah tidak sah mengikut mazhab syafie


2. pernikahan seperti itu (pernikahan orang islam dgn perempuan kitabiyyah bukan asli) yang telah dilakukan pada masa lalu bolehlah disahkan mengikut sesetengah pendapat ulamak dengan syarat jika nikah itu diakadkan mengikut islam dan keluarga itu hendaklah hidup secara islam termasuk pendidikan anak2, jika tidak demikian maka perkahwinan itu hendaklah dibatalkan.



===================


Beberapa Huraian Tambahan


Perempuan yang “baik2” (Muhsonat)


Sungguh pun Islam membernakan kahwin dgn perempuan Ahli Kitab, tetapi hakikatnya tidaklah begitu remeh syariat menangani isu ini sebagaimana mudahnya isu Sembelihan mereka. Disyaratkan dgn jelas pada ayat AQ ialah permpuan MUHSONAT yakni perempuan yang baik-baik sahaja yang layak dikahwini.


MUHSONAT ertinya : Wanita-wanita yang terpelihara maruah dan juga kemaluannya. Termasuk juga wanita-wanita yang pandai menjaga diri dan taat kepada agama mereka.


Oleh itu , TIDAK BOLEH MENIKAHI para penyanyi, para pelakon, model-model dan apatah lagi para pelacur yang beragama Yahudi ataupun Kristian kerana mereka itu BUKANLAH MUHSONAT.



Hikmah


Pertama sekali tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mengembangkan syiar Islam itu sendiri. Sesungguhnya perempuan Ahli Kitab dan musyrikin lain adalah berbeza, di mana Ahli Kitab pada hakikatnya adalah dari kalangan yang turut mempercayai kewujudan Allah, hari qiamat, ada peraturan-peraturan hidup tertentu, seperti akhlak mulia dan sebagainya. Cuma sahaja ketara pada penafian mereka terhadap kerasulan Muhammad SAW yg menyebabkan mereka menjadi KUFUR.


Dan adalah diharapkan menerusi perkahwinan dgn mereka ini, akan menyebabkan mereka lebih “dekat” dan “faham” tentang Islam dan keimanan yang hakiki, dan mudah-mudahan akan memeluk Islam yang mana jauh lebih baik daripada agama Ahli Kitab yang kufur.


Peringatan Tambahan


Saya ingin tegaskan juga sekali lagi, isu perkahwinan ini bukanlah suatu benda yang remeh. Dalam keadaan di mana di luar sana masih ramai orang Islam untuk dikahwini, sudah tentu amat tidak wajar jika wanita Ahli Kitab yang menjadi pilihan kita. Cuma bila mana ditanya sama ada boleh atau tidak, maka jawabnya: BOLEH


Cuba bayangkan juga suatu keadaan lain sebagai contoh situasi pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara misalnya. Katakan tiba-tiba ada di kalangan wanita-wanita Kristian (Ahli Kitab) yang jatuh cinta dan tertarik pada lelaki Islam Melayu, dan begitu juga lelaki tersebut. Maka yang manakah lebih baik bagi mereka, kahwin atau berisiko jatuh ke lembah zina ?


Ulama-ulama misalnya seperti Syed Sabiq memakruhkan perkahwinan dengan Ahli Kitab sebagai mana yang disebut dlm kitab Feqh Sunnah.


Begitu juga Dr Yusuf AQ sebagasi mana yang telah saya sebutkan. Tidak ketinggalan Syeikh Mahmud Syaltut dan juga Syeikh Ibn Uthaimeen. Syeikh Ibn Uthaimeen dari KSA (Kingdom of Saudi Arabia) pernah menegaskan : "perkahwinan dgn perempuan ahli kitab banyak menimbulkan masalah kepada umat Islam dari timur dan Barat, dan org Islam mestilah berhati-hati memilih isteri utk dijadikan teman hidup"


Cuma pada kita, perlu nya pemahaman yang jitu dalam hal ini. Perlu kita sama-sama tahu dan dapat bezakan, antara DIHALALKAN dan juga DIGALAKKAN.


Sebagai kesimpulan dalam hal ini, maka jelas, perkahwinan antara lelaki Muslim dgn Ahli Kitab adalah DIHALALKAN tetapi TIDAKLAH DIGALAKKAN.

June 05, 2012

Bantulah anak yatim ini menuntut di UIA

Aina'a Mardhiyah Bt Zonbakry
Aina'a Mardhiyah Bt Zonbakry merupakan anak yatim serta anak sulong dari lapan beradik yang telah diterima masuk  ke Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya. Ibunya bernama Norlela Idris, mereka tinggal di Cherok To'kun, Bukit Mertajam.

Bukan mudah bagi seorang ibu tunggal membesarkan lapan orang anak yang masih kecil. Adiknya yang kedua Nurul Aliah kini menuntut di Sekolah Agama Tarbiah Diniah di Kulim. Adiknya yang ketiga Abu-Zar di Sekolah Tahfiz, Keladi, Kulim. Adik yg keempat Nurul Nazihah mengaji di Sekolah Tahfiz di Kanpong Pelet. Manakala adiknya yang empat lagi masih belajar di Sekolah Keb Juara, Cherok Tokun. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Sesiapa yang ingin membantu meringankan bebanan ibu tunggal ini, maka bolehlah memberi sumbangan terus kepada anaknya melalui Bank Muamalat atas nama Ainaa Mardhiyah Bt Zonbakry acc no 0701-0021945728.

Semoga Allah permudahkan dan memberkati segalanya.








October 16, 2011

Kursus Penyembelihan

Cherok Tokun 16hb Oktober 2011 - Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah menganjur kursus 'Tatacara Penyembelihan dan Amali Menurut Islam 2011' pada hari ini di masjid Cherok Tokun. Kursus ini terbuka kepada para remaja Cherok Tokun.

Selain tatacara penyembelihan para remaja juga diajar cara membersih binatang sembelihan dan pada hari ini tiap seorang peserta dibekal dengan seekor ayam.

Para jemaah wanita akan membantu dalam menyediakan peralatan masakan untuk memasak ayam yang disembelih.

Majlis akan diakhiri dengan penyampaian sijil kehadiran dan dihidang dengan nasi berlaukkan ayam sembelihan.

August 22, 2011

Rebutlah peluang 10 malam terakhir

...mungkin Ramadhan ini yang terakhir buat kita..

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil.

Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Qiyamullail

Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.

Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.

Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]

Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.

Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:

Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.

Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.

Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."

Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.

Malam... tanda-tanda dan waktunya

Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat.

Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

[Daripada tulisan Abu Salman Said]

August 05, 2011

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama.

Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya

kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini.

Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum.

Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :

"sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh

Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam.

Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469).

Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ;

jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar.

Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.

Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat,

teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan

dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.

Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala.

Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi

mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja.

Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.

Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan

berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah

di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya

dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.

( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi"

( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"

( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

July 18, 2011

Fake Tomb Pictures of Prophet Muhammad (pbuh)

In The name of Allah,The Most Merciful,The Most gracious

Fake Tomb Pictures of Prophet Muhammad (pbuh)

Assalam Alaykum,

This is just a plan of Few Bad Unbelievers,who created this false image of Prophet Muhammad (pbuh) Tomb.

as We are guided by the greatest personality of Mankind,we are not allowed to do anything wrong with them or with there believes.

Below listed pictures with title and “FAKE IMAGE “ claimed as Prophet Muhammad Tomb picture.I have added all pictures being used on net.It was sent for an auction also.

The only known photograph,above, of the tomb of the Prophet Muhammad in Medina, a site revered by Muslims across the globe, is expected to fetch at least £90,000.

It was this picture that was auctioned(i think) :

(without added sticker ofcource)

picture 1

Rauza-e-rasool

picture : 2

prophet_muhammad_pbuh_tomb4

picture 3

prophet_muhammad_pbuh_tomb1

Picture 4:

prophet_muhammad_pbuh_tomb2

Picture 5:

prophet_muhammad_pbuh_tomb3

Picture 6:

prophet_muhammad_pbuh_tomb5

People’s are so much blind that many have taken print out of picture and hanging on Walls in home.

WHERE IS PROPHET TOMB ,CAN WE SEE ???

Its behind these walls.We are not allowed to see ! those who try,they just see darkness,few dust ,light .


7395949941eeb826589bxy0 copy


SO,WHOSE TOMB PICTURES ?????

The tomb on the photo’s are not the BLESSED one of our Prophet (salallahu aleyhi was salaam) but it is the tomb of Osman Ghazi, the first sultan of the Ottoman Empire and MAULANA RUMI(Turkey).

For More Information about Osman-Gazi .

And here is the proof : match these pictures..

Osman-Gazi tomb old postcards:

osmangazi3rp6


osmangazikartpostaldl0

And the state of the tomb in recent times:

osman_gazi


othmangazi_grave2

othmangazi_grave

separator

MAULANA RUMI TOMB PICTURES

What a pity that in many Muslim countries this tomb is presented as the tomb of the Prophet (salallahualeyhi sallam) and pictures are sold and are hanged into houses.

PS: The Prophet’s (salallahu aleyhi was salaam) has no tomb or sanduqa on it.

Al-Qadi ‘Iyad has reported from the major scholars that it is best to make a hump over the grave because Sufyan an-Nammar told him that he had seen the grave of the Prophet, peace be upon him, with a hump over it.” (Bukhari)

Ja’far bin Muhammad reported from his father: “The grave of the Prophet, peace be upon him, was raised one hand from the ground and was coated with red clay and some gravel.” This was narrated by Abu Bakr An-Najjad

April 19, 2011

Istikhaarah: The Guidance Prayer

In The name of Allah,The Most Merciful,The Most gracious


As humans, we are truly powerless, especially when it comes to the unseen future. So why shouldn’t we turn to Allaah and seek His perfect help whenever we require it? Allaah responds to the call of His servant when he asks Him for guidance. After all, we are seeking to do something in order to please Him.

Istikhaarah means to ask Allah to guide you to the path best for you between two Islamically permissible options. In matters that are waajib (obligatory), haraam (forbidden) or makrooh (disliked) there is no need to pray Istikhaarah. Salaat-ul-Istikharah should only be used for matters that are mubaah (allowed) or in matters that are mustahabb (liked or encouraged), in which there is a decision to be made as to which one should be given priority.

Many wrong notions exist concerning Istikhaarah. Many Muslims will pray, read the supplication of Istikhaarah, and run to bed expecting to see a dream showing them their future husband, what her favourite colour is, and some other weird fantasy. That is not the purpose of this Salaat.

The results of an Istikhaarah can take many forms. Basically, you go by your feelings, whether you now feel more favourable or not. Also, you may notice events have changed, either for or against you. You then follow the results of the Istikhaarah, if you don’t then it tantamounts to rejecting Allah’s guidance once you’ve asked for it. Also, you should firstly clear your mind, not have your mind already decided, and then afterwards follow the results willingly.

How Is Salaatul-Istikhaarah Performed?

It is a SunnahWay/method/saying or deed of the Prophet Muhammad (peace be upon him). that, if one needs to choose between permissible alternatives, one should pray two non-obligatory Raka’aat (Units of Prayer), even if they are of the Sunnah prayers or a prayer for entering the Masjid and recite therein whatever one wishes of the Qur’an after reciting SurahA chapter/section of the Qur’aan. al-Faatihah. Then one should praise Allah and sends Salutations to the Prophet (peace be upon him) and recite the following supplication mentioned in the HadeethProphetic Narration (Prophetic Narration).

The description of Salaat-ul-Istikhaarah was narrated by Jaabir ibn ‘Abd-Allah as-Salami (may Allah be pleased with him) who said,

The Messenger of Allah used to teach his companions to make istikhaarah in all things, just as he used to teach them surahs from the Qur’an.

He said, ‘If any one of you is concerned about a decision he has to make, then let him pray two rak’ahs of non-obligatory prayer, then say:


istikh1

‘O Allah, I seek Your guidance [in making a choice] by virtue of Your knowledge, and I seek ability by virtue of Your power, and I ask You of Your great bounty.

You have power, I have none. And You know, I know not. You are the Knower of hidden things.

O Allah, if in Your knowledge, this matter (then it should be mentioned by name) is good for me both in this world and in the Hereafter (or: in my religion, my livelihood and my affairs), then ordain it for me, make it easy for me, and bless it for me.

And if in Your knowledge it is bad for me and for my religion, my livelihood and my affairs (or: for me both in this world and the next), then turn me away from it, [and turn it away from me], and ordain for me the good wherever it may be and make me pleased with it.”

The Prophet added that then the person should mention his need. [Saheeh al-Bukhaari]

Therefore, Salat-ul-Istikhaarah is just two raka’aat of a non-obligatory prayer, prayed at anytime during the day, with a specific supplication at the end. While reciting the du’a, you should be thinking about the situation you want to be advised about with pure intentions and from the bottom of your heart. Then remember that Allaah says that whenever he guides a heart aright it can never be misguided. Afterwards, you should ‘have a good feeling’ about one of your options. Whatever option you feel is best right after you say the du’aa should be your decision. If you’re still in doubt, you can repeat.

Imaam an-Nawawi (may Allah have mercy on him) wrote, “after performing the Istikhaarah, a person must do what he is wholeheartedly inclined to do and feels good about doing and should not insist on doing what he had desired to do before making the Istikhaarah. If his feelings change, he should leave what he had intended to do, otherwise he is not completely leaving the choice to Allah, and would not be honest in seeking aid from Allah’s power and knowledge. Sincerity in seeking Allah’s choice, means that one should completely leave what he himself had desired or determined.”

Some people mistakenly wait for a dream to give a clear sign as to what decision to make, but this is not true, and often times it never really happens. In fact, dreams may lead you away from what Allah wants you to do, as Shaytaan might try to deceive you in your dreams.

Salaat-ul-Istikhaarah is for everybody. It’s a way for all of us to implore Allah for divine guidance and mercy. It is yet another invaluable resource from Allah to keep us on the straight and narrow Siraat-ul-Mustaqeem. The Prophet (peace be upon him) guidance regarding the Istikhaarah is for all Muslims, not just the scholars. Despite this gift, too many of us take the advice of our friends and parents, or accept the norms of our society and act without ever wondering what Allah wants us to do. We must stop looking towards the creation for guidance, we must begin to consult Allah, the Creator.

I cannot provide a better conclusion than advising that you must put your trust in Allah. You must have trust in His concern for us, and His ability to help us. Allah says,

Put your trust in Allâh, certainly, Allâh loves those who put their trust (in Him). [Surah Al-Imran Ayah 159]