October 14, 2009

Sambutan Hari Raya

Qaryah Cherok Tokun telah mengadakan Sambutan Hari Raya Idilfitri & Bicara Ilmu anjuran Kementerian Luar Bandar & Wilayan dan kerjasama RISDA Pulau Pinang, pada 11hb Oktober di Masjid Cherok Tokun. 

Perayaan Majlis Sambutan Hari Raya  diadakan di qaryah ini buat kali pertama, dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dengan sokongan padu  Pemuda dan Wanita serta seluruh anak qaryah.

Majlis dimulakan dengan perarakan murid-murid dari sekolah agama Idtihad Al Wathaniah Jalan Kolan ke Masjid Cherok Tokun diikuti dengan Program Khatam Al-Quraan oleh 22 orang murid-murid..

Seramai 220 murid sekolah agama  telah hadir di dalam perarakan tersebut bersama di dalam majlis khatam al-quraan dan setiap murid diberi sumbangan peralatan sekolah dan subangan wang hari raya oleh qaryah dan sumbangan khas kepada murid-murid yang telah khatam al-quraan.

Guru Besar Sekolah Agama Ijtihad Alwaltaniah, Puan Zurina dalam ucapan beliau, merayu kepada ibubapa untuk mengambil perahatian yang lebih terhadap pendidikan agama anak-anak dan  bersedia untuk memperutukkan masa dan  wang ringgit bagi membolehkan anak-anak maju di dalam bidang agama. Sokongan ibu bapa amat-amat diperlukan untuk meningkat pelajaran dan pembelajaran murid-murid agar sekolah agama ini terus maju dan memberi menafaat kepada anak-anak qaryah.

Tuan Pengerusi Qaryah, Haji Idrus Ibrahim melahirkan rasa syukor di atas sokongan padu anak qaryah khususnya pemuda dan pemudi bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya yang julung kali diadakan di Cherok Tokun. Sokongan yang diberikan oleh pemuda dan wanita dalam menjayakan program Majlis Hari Raya memeberi keyakinan kepada beliau bahawa qaryah Cherok Tokun dapat bergerak maju menyongsong perubahan masa menghadapi zaman globalisasi. Beliau berharap pemuda dan pemudi memainkan peranan yang lebih aktif untuk mengambil alih peranan memimpin  qaryah.

 
Majlis telah dirasmikan oleh Ustas Zolkifli Ramli penyelia KAFA, Pejabat Agama Daerah Seberai Perai Tengah.

Pada sessi tengahari ceramah motivasi bertajuk Mengasah Bakat Diri & Akal Budi telah disampaikan oleh Sdr Ramli Bakar dari Merbok, Kedah.

Semoga program ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.