April 09, 2009

KHUTBAH 6

IBADAH SOLAT MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH
15 Februari 2008 / 8 Safar 1429 H

اَلْحَمْدُ للهِ الْقَآئِل:

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

ََأمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, iaitu dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Minbar pada hari ini akan membicarakan tajuk: ”IBADAH SOLAT MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH”.

Islam telah menetapkan bahawa solat lima waktu adalah teras ibadah yang paling utama. Ia menjadi alat untuk memperkukuhkan akhlak dan benteng pencegah kemungkaran. Berdasarkan besar peranan solat kepada umat Islam, maka Islam meletakkan solat sebagai tiang agama dan merupakan amal ibadah yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT di hari kiamat kelak. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

" إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ "انْظُرُوْا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ. 

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardhunya. Jika didapati sempurna solatnya nescaya berbahagia dan beruntunglah dia. Sebaliknya jika tidak sempurna (dengan baik dan khyusuk), akan menyesal dan rugilah dia. Jika seseorang itu didapati ada kekurangan daripada sesuatu amalan wajibnya, maka Allah SWT memerintahkan kepada para malaikat ‘Periksalah oleh kamu semua, adakah hamba-Ku itu mempunyai amalan solat sunat yang lain; sekiranya ada amalan tersebut dapat menampung kekurangan amalan wajibnya. Kemudian cara menghitung amalan-amalan lain juga sama dengan kaedah menghitung amalan solat ini.” (Sunan Tirmizi)

Persoalan besar timbul ialah solat yang bagaimanakah dapat mengukuhkan akhlak dan mencegah diri kita daripada terjebak dengan perkara-perkara keji dan mungkar?.

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,
Pada dasarnya pelaksanaan solat melibatkan dua aspek iaitu pergerakan fizikal (Badaniah) dan pergerakan dalaman (Rohaniah). Pergerakan Badaniah ialah setiap pergerakan zahir anggota badan seperti takbiratul ihram, ruku', ’itidal, sujud, bacaan dan sebagainya. Manakala gerakan Rohaniah ialah pemusatan pemikiran dan perasaan kepada Allah SWT sehingga melahirkan khusyuk, tawadhu' dan ikhlas semasa menunaikan solat. Oleh itu solat yang mampu mengukuhkan akhlak dan menjadi benteng kemungkaran ialah solat yang sempurna pergerakan fizikal dan pergerakan rohaniahnya. Hakikatnya kedua-dua aspek ini saling berhubung antara satu sama lain dan menjadi penentu kejayaan dan penghalang daripada melakukan kemungkaran dalam kehidupan.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Apa yang nyata, kesan daripada solat yang sempurna akan menjadikan kita sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT, taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT, berakhlak mulia, mencintai dan gemar melakukan kebajikan serta benci akan maksiat dan kemungkaran. Yakinlah bahawa solat itu sangat besar fungsinya dalam memandu kehidupan kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: ”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "

Bagaimanapun apa yang menghairankan kita ialah terdapat juga segelintir masyarakat yang melakukan solat, tetapi selepas solat mereka terlibat dengan pelbagai perbuatan maksiat dan kemungkaran seperti pecah amanah, rasuah, berpecah belah, mengumpat, berhasad dengki, bakhil, tamak dan pelbagai lagi sifat negatif yang lain. Golongan yang sebegini amat dimurkai Allah SWT sepertimana firman-Nya dalam surah al-Muddathir ayat 42-43 yang bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?. Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.”

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Ilmu sains telah mengesahkan bahawa solat memberi kebaikan kepada manusia. Di mana sewaktu proses pembakaran tenaga, akan berlaku ketidakseimbangan dalam tubuh kita yang menyebabkan kita letih dan lesu. Justeru solat adalah salah satu kaedah bagi menyeimbangkannya ke tahap normal.

Keistimewaan solat berjemaah pula boleh membantu menstabilkan cas positif dan cas negatif melalui kesan sentuhan bahu ke bahu di kalangan ahli jemaah yang berada di dalam saf.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Mengakhiri khutbah, minbar yang mulia ini ingin mengingatkan bahawa terdapat perkaitan yang kuat mereka yang sempurna melaksanakan ibadah solat, biasanya mereka juga sempurna melakukan ibadah dan amalan kebajikan yang lain. Oleh itu, marilah kita memelihara solat yang difardhukan ke atas kita, dengan memenuhi aspek jasmani dan rohani. Di samping, memastikan anak-anak kita juga dibesarkan dengan solat yang berkualiti. Dalam usaha ke arah meningkatkan kesempurnaan ibadah solat, maka minbar ini mengemukakan pandangan Imam al-Ghazali tentang kaedah solat yang sempurna, iaitu:

Pertama : Sentiasa memelihara solat lima waktu tanpa sebarang alasan untuk meninggalkannya melainkan atas sebab-sebab uzur syarie.

Kedua : Sentiasa memperkemas bacaan-bacaan dalam solat dan memahami maknanya bagi memperolehi khusyuk.

Ketiga : Sentiasa mendidik dan memastikan ahli keluarga mengerjakan solat secara berjamaah.

Keempat : Sentiasa menghadirkan kebesaran Allah, seolah-olah kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kelima : Sentiasa malu kepada Allah SWT, kerana kelemahan dalam beribadah.

Keenam : Sentiasa mengharapkan rahmat Allah, serta mengharapkan solat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ،

 “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

KHUTBAH 5

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
KHUTBAH 28.9.01
 
Saudara kaum Muslimin sidang Jumaat yang dihurmati sekalian,
Bertaqwalah kita kepada Allah swt dengan sebanar-benar Taqwa dengan mentaati segala perintah Ahhlah walau di mana dan dalam apa juga keadaan kita berada. Semuga kita berbahagia di dunia dan berjaya di akhirat. Janji Allah adalah benar.

(Al Baqarah: 217) Bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati*; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang Islam) ke Masjid Al-Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka di dalamnya (selama-lamanya). 

* Bulan yang dihormati yang dimaksudkan di sini ialah bulan Rejab. Elok juga diingat bahawa bulan-bulan yang dihormati dan dilarang berperang padanya ialah Muharram, Rejab, Zulkaidah dan Zulhijjah.

Saudara Muslimin Mukminin Rahikumullah,
Demikian pesanan dan peringatan Allah kepada ummat Islam agar kita berwaspada dan memberi perhaaatian yang sewajarnyakepada issue yang amat kritikal ini. Ummat Islam jangan mudah lupa. Kaum Yahudi dan Nasara (Kristian) mereka saling bermusuhan sesama sendiri sejak dahulu lagi, akan tetapi apabila berhadapan dengan Islam dan ummat Islam mereka akan bersatu menentang Islam. Ini kita perlu ingat sampai Kiamat. Kaum Yahudi, Kristian dan seluruh kaum kafir yang lain, mereka meletak ummat Islam dan dunia Islam merupakan musuh mereka nombor satu dunia. Jelaslah kepada kita dari rentatan peristiwa yang berlaku pada masa ini membuktikan kebenaran hakikat pernyataan Allah swt.

Amerika yang angkuh dengan kuasa telah mengalihkan pengkalan baru di Asia Timur ini dengan mengadakan pengkalan tentera di negara jiran kita yang disedekahkan percuma iaitu Singapura. Amerika mempunyai rancangan jangka panjang untuk meluaskan pengaruh mereka di rantau ini. Amerika dan sekutunya menyedari bahawa ummat Islam di rantau Asia Tenggara kini sudah berjumlah hampir 200 juta orang. Ianya merupakan satu angka yang sangat besar dan amat digeruni walaupun jumlah ummat Islam seperti buih dihanyut oleh air bersama-sama pemimpin-pemimpin mereka, akan tetapi musuh Islam mempunyai pandangan bahawa sekiranya berlaku peralihan kuasa di rantau ini bermakna akan berlakulah suatu gelombang kebangkitan Islam yang amat menggrunkan mereka. Mereka sedar apabila berlakunya kebangkitan Islam di rantau ini maka akan tertegaklah Daulah Islamiyah ataupun negara Islam yang akan melaksanakan seluruh Syari’at Allah di muka bumi ini. Inilah yang paling ditakuti oleh musuh-musuh Islam dan di kalangan manusia yang bergelar diri meraka Islam itu sendiri. Sebab itulah berbagai usaha telah mereka lakukan semata-mata untuk menentang dan melenyapkan kesedaran yang membara di dada ummat Islam sekarang ini. Setelah tidak berjayanya menghalang kesedaran dan kebangkitan Isslam di Asia Barat dan beberapa wilayah Islam di Asia Tengah, mereka mengalih pandangan untuk menyerang dari segala sudut untuk menguasai ummat Islam di rantau ini.

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dihurmati sekelian,
Apa yang menjadi masaalah kepada kita sekarang ialah ummat yang mengaku Islam sendiri, yang kulit dan percakapan mereka sama dengan kita bahkan kadang-kadang bersembahyang jamaah satu saf dengan kita, diperalatkan oleh musuh Islam, mereka inilah yang bersengkongkol dengan musuh Islam, yang memberi sokongan kepada mereka dengan berbagai bentuk sokongan untuk memadam terpancarnya cahaya Islam di rantau ini. Mereka menggembar gemburkan isu Negara Islam, mereka mempermain-mainkan serta memutar belitkan isu Negara Islam sehingga ummat Islam sendiri menjadi kabur dan keliru tentang konsep Negara Islam yang sebenar. Inilah yang paling kita sedih. 

Ummat Islam harus sedar bahawa ummat Islam ialah ummat terpilih dan dipilih oleh Allah Azzawajalla untuk memimpin dunia dengan Syari’at Allah. Agar Syari’at Allah Azzaawajalla dilaksanakan seluruhnya di atas muka bumi milikNya ini. 

Sepatutnya kita berada di hadapan bangsa-bangsa lain di dunia sebagai kuasa yang memimpin dunia dan bukannya dipimpin. Sebab Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam. Kita harus sedar bahawa musuh-musuh Islam telah, sedang dan akan menyerang ummat Islam habis-habisan dari segenap penjuru dan pada bila-bila masa. Mereka akan melakukan kepungan di rantau ini bagi membendung kebangkitan Islam yang sedang membara di dada ummat Islam. Sebahgian besar besar dari ummat Islam tidak merasa apa-apa pun dengan keujudan pengkalan tentera musuh Islam iaitu Amerika di rantau ini bahkan ada di antara kita merasa gembira kerana boleh dapat keuntungan besar, boleh dapat pinjaman yang banyak serta jaminan yang kukuh dari kuasa kuffar ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,
Ummat Islam di rantau ini hendaklah sedar bahawa kita adalah satu juzuk daripada ummat Islam seluruhnya. Mereka adalah saudara-saudara kita. Mereka adalah sebahgian daripada kita. Mereka menyembah tuhan yang satu, mereka mengikut nabi yang satu, mereka berkhiblatkan Kaabah yang satu dan mereka berpegang kepdada Al Quraan yang sama. Mafhum Hadith Ar Rasul saw; “Bandingan persaudaraan di kalangan ummat Islam samalah seperti anggota pada satu badan, apabila salah satu anggota merasa sakit maka seluruh badan akan merasa sakit”.

Tuan-tuan yang dikasihi sekelian,
Marilah kita singkap kembali beberapa kezaliman dan keganasan serta pencabulan hak asasi manussia yang dilakukan oleh kuasa angkuh Yahudi Amerika.

1. Pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki dalam perang dunia ke dua, berapa ramai manusia yang tidak berdosa terkorban?

2. Perang Korea Tahun 1951-1963 telah melibatkan jutaan nyawa yang terkorban.

3. Perang Vietnam di sekitar tahun 60an hingga70an kira-kira 3 juta rakyat Vietnam telah terkorban.

4. Kemudian di Laos, Kembodia dan di Granada Amerika Tengah.

5. Begitu juga kekejaman demi kekejaman yang dulakukan oleh rejim Yahudi Israel yang didalangi Yahudi Amerika keatas rakyat Palastin sejak 1948 hingga kesaat ini – hampir 55 tahun berapa juta rakyat Palastin, termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa diperkosa, disembelih, disepak diterajang seperti binatang oleh Yahudi laknat itu. Siapa yang ambil peduli? Di saat ini mereka sedang bertepuk tangan penuh kegembiraan melihat ummat Islam seluruh dunia akan digayang oleh Kristian, kafir dan negara ummat Islam sendiri yang memihak kepada Amerika.

6. Kemudian, kita bayangkanlah selama lebih 10 tahun - lebih daripada 1.5 juta kanak-kanak ummat Islam di Iraq terkorban akibat kekurangan zat, kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Akibat sekatan ekonomi yang di lakukan oleh kuasa angkuh Amerika, kita dapat saksikan betapa dza’ifnya kanak-kanak Islam di sana sehingga seekor lalat hinggap di muka pun tak upaya hendah kais, sebab tak ada kudrat. Siapakah yang bertanggung jawab melakukan semua ini?

7. Ketika kediaman Presiden Muamar Gadafi di Libya dibom, seluruh dunia tumpang gembira tumpang seronok bersama-sama Amerika. Dimanakah letaknya maruah ummat Islam?

Tuan-tuan yang mulia,
Sebenarnya kekejaman yang disemai oleh Amerika di seluruh dunia selama ini telah dituainya sendiri dalam masa tak sampai setengah jam sahaja. Tragedi 11 September yang lalu, dua menara pencakar langit lambang kebanggaan Amerika telah ranap menyembah bumi. Dengan sendirinya menunjukkan maruah, prestij dan harga diri Yahudi Amerika telah lebur. Yang menyerlah kehebatan dan keanggkuhan ketenteraan Amerika Syarikat rupa-rupanya hanya seperti seekor harimau kertas atau hanya sebagai singa plastik sahaja. Allah maha berkuasa. Kun, Fayakun. Allah kata jadi, maka jadilah. Allah maha besar, Allah maha Adil.

Tuan-tuan yang mulia,
Sebenarnya bagi orang yang berfikiran waras, peristiwa ini merupakan satu iktibar pengajaran yang amat bermakna terutama kepada penguasa-penguasa yang zalim, penindas-penindas mustakbirin, pemimpin-pemimpin yang angkuh dengan kuasa, tak kira di mana sahaja mereka berada, termasuklah di bumu Malaysia ini. Suatu amaran dari Allah swt. Jangan kita menyalah gunakan kuasa yang diamanahkan kepada kita dengan sewenang-wenangnya semata-mata untuk mengekalkan kepentingan dan kedudukan kita. Jangan kita menzalimi makhlok-makhlok Allah hatta tumbuhan-tumbuhan mahu pun binatang, apatah lagi manusia yang tidak berdosa, anak-anak kecil dan isteri mereka. Kelak buruk padahnya. Jangan kita bersikap ‘dauble standard’ seperti Amerika. Allah maha kuasa, Allah maha adil. Suatu hari senjata akan makan tuannya. Suatu hari perangkap akan menjerat diri sendiri. Kata pepatah; “Seandainya harimau itu terkepong, sama ada ia akan melompat tembok ataupun berbalik menerkam orang yang mengejarnya”.

“Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agama-Nya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(Al Baqarah: 244)

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).*” (Ar Rum: 41)

* Yakni bala bencana yang tidak putus-putus berlaku di sana sini adalah disebabkan perbuatan-perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat manusia sendiri. Mereka ditimpakan dengan demikian supaya mereka segera insaf dan menjauhi segala perbuatan yang durjana. Jika tidak, maka balasannya lebih buruk lagi.


“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandung; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.” (Al Haj: 2)

Tuan-tuan saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt,
Lihatlah kebenaran kata Allah. Kita dapat saksikan dengan mata kepala kita sendiri tragedy runtuhnya World Trade Centre di New York. Betapa kelam kabutnya manusia bertempiaran lari menyelamatkan diri nafsi-nafsi. Seperti orang mabuk pada hal mereka tidak mabuk. Kita dapat lihat sendiri betapa manusia yang berada di tingkat atas sanggup terjun dari tingkat 100 semata-mata hendak melepaskan diri dari balasan azab dunia.

KHUTBAH 7 SEPTEMBER 2001

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
KHUTBAH 070901


Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihurmati sekalian
Bertaqwalah kita kepada Allah dengan mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada Allah pada setiap saat, setiap tempat dan setiap keadaan. Semoga kita merdeka di dunia (merdeka jiwa) dan merdeka di akhirat (mardhotillah), Insya Allah.

Bermaksud “Wahai manusia bertaqwalah (patuhlah) kepada Tuhan kamu, sesungguhnya goncangan saat (Hari Khiamat) itu adalah suatu peristiwa yang sangat dahsyat. Ingatlah pada hari itu kamu melihat perempuan yang menyusukan anak melupakan anak yang disusukannya, dan setiap perempuan yang mengandung keguguranlah kandungan segala wanita yang mengandung (hamil), dan kamu melihat manusia dalam keaadaan mabuk, pada hal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah amat keras”. Al-Haj: 1-2

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah awt,
Tidaklah keterlaluan jika katakan bahawa ummat Islam pada hari ini di dalam kesibukan mereka mencari kehidupan di dunia. Kebanyakan tidak mengambil berat, tidak mengambil kira perhitungan hari akhirat seperti mana mereka menghitungkan untuk hal-hal keduniaan mereka. Bahkan ada di anatara ummat Islam yang tidak mengambil hirau langsung akan hari yang maha hebat dan maha dahsyat seperti yang disebutkan tadi. Lihatlah betapa sibuknya manusia yang bergelar muslim sanggup bertungkus lumus, bersusah payah berusaha untuk mendapat secebis kesenagan di dunia ini. Tetapi mereka sedikit pun tidak sibuk membuat persediaan dan persiapan untuk menghadapi hari yang sangat getir, hari yang penuh dengan kesengsaraan kepanasan api neraka Jahannam yang tak tertanggung oleh mana-mana makhluk. Kita lihat ramai di kalangan kita yang sanggup mencekang mata tak tidur malam, berusaha bersunguh-sunguh, sanggup berpenat lelah mencari secibis kesenangan dunia terkadang kadang sehingga terlupa siapa diri mereka, terlupa hak-hak jiran tetangga, hak masyarakat apatah lagi hak Masjid (berulang alik ke masjid ini untuk sembahyang jemaah dan menghadiri diri dalam majlis-majlis ilmu yang disediakan). Oleh kerana terlalu kasihkan dunia maka Allah sibukkan kagi dengan kerja buat mereka sehingga tidak sempat untuk memikirkan persoalan Akhirat yang amat benar.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt
Mahu tidak mahu semua orang pasti akan mati, pasti akan datang ke masjid juga apabila keranda diusung. Mahu tidak mahu semua orang pasti bertemu dengan dua pilihan, Syurga yang penuh nikmat atau neraka yang penuh azab. Cepat atau lambat sahaja.

Tuan-tuan
Walaupun alQuraan berkali-kali menyebut bertaqwalah kepada Allah, berimanlah kepada Allah, berimanlah kepada hari Akhirat, namun kebanyakan manusia yang bernama Muslim itu terus lalai dan melupakannya. Biasanya orang-orang seperti ini merasakan bahawa hari yang mahadahsyat itu adalah masalah kecil yang tak perlu difikirkan. Buat apa susah-susah memikirkan benda ini. Bisik hati mereka. Masih terlalu jauh dengan mereka. Bagi orang-orang seperti ini yang penting ialah dunia yang ada dihadapan mata mereka inilah yang mesti diuatamakan. Yang ada dalam pemikiran mereka hanyalah makan, tidur, bangun cari makan, berseronok suka, relek-relek, menghambur waktu dan harta hanya untuk memuaskan hawa nafsu. Buat apa pening kepala memikirkan mati, akhirat dan sebagainya! Yang penting makan, tak kira kawan atau rakan. Golongan inilah yang paling ramai di dunia pada hari ini.

Maksud ayat: “Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang di dunia dan mereka makan sepertimana makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”. (Muammad: 12)

Inilah amaran Allah swt bagi golongan yang pertama ini. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita melihat ramai di kalangan ummat Islam bukan sahaja golongan remaja malah wanita dewasa pun mendedahkan rambut tanpa rasa apa-apa. Walhal mendedah aurat sehelai rambut sahaja akan diazab selama 700 tahun akhirat, satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Bayangkan tuan-tuan, saudara-saudara yang mulia, siapakah yang akan menanggung sama balasan azab Allah ini? Melainkan kita sebagai bapa, sebagai suami kepada isteri yang redho dan merelai anak-anak kita, isteri-isteri kita melakukan maksiat ini! Bagitu juga bukan sahaja golongan remaja bahkan orang-orang dewasa lelaki pun sanggup memakai seluar pendek di hadapan khalayak ramai mendedahkan aurat. Maka tidak hairanlah pada hari ini kitab suci lagi mulia (Al-Quran alkarim) yang merupakan Mukjizat teragong, berani dipijak dikoyak oleh ummat Islam lantaran kejahilan dan kelalaian ummat Islam itu sendiri.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt
Golongan kedua pula ialah golongan yang pendirian mereka berubah-ubah seperti daun lalang. Golongan ini mudah terpengaruh dengan suasana dan keadaan sekeliling. Biasanya golongan ini akan menunaikan perintah Allah, akan hanya beribadat kepada Allah apabila ibadat itu boleh menguntungkan mereka, tidak menyusahkan diri mereka. Mereka akan beribadat jika mendapat pujian dan sanjungan manusia. Sebaliknya jika ibadat itu mendatangkan kerugian atau menyusahkan, atau mereka dihina, dikeji dan sebagainya maka mereka ini akan lari meninggalkannya. Golongan ini biasanya menganggap agama hanya benda sampingan. Boleh diambil bila senang dan boleh ketepikanjika menyusahkan atau merugikan. Golongan inilah yang berfahaman bahawa urusan dunia tidak boleh campur dengan akhirat – (dunia lain akhirat lain – politik asing agama asing). Tidak boleh camapur. Agama dalam masjid sahaja. Seolah-olah kita boleh lakukan apa sahaja di luar kawasan masjid walaupun perkara itu melanggari syari’at Allah. Seolah-olah Allah tidak mengambil kira apa yang kita lakukan ketikamana kita berada di laua masjid. Bagitulah kesimpulannya. Sebenarnya inilah suatu fahaman yang dikatakan fahaman sekular, suatu aliran fahaman yang sesat bagi menyesatkan akidah ummat Islam.

Bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia beroleh kebajikan tetaplah ia dalam keadaan itu. Dan jika ia ditimpa oleh sesuatu bencana berbaliklah ia kebelakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian ituadalah kerugian yang nyata”. (Al Hajj: 11)

Hadirin mukminin yang dikasihi sekelian,
Golongan ketiga ialah golongan manusia yang menjuruskan seluruh detik kehidupannya semata-mata untuk mencapai keredhoan Allah swt. Orang-orang ini berfahaman bahawa tidak ada satu detik pun yang berlalu yang tidak diperpertanggung jawabkan di hari akhirat kelak. Justru itu, seluruh detik, seluruh tenaga, fikiran, harta benda hatta jiwaraga mereka sedia dan mereka serahkan semata-mata kepada Allah Azzawajalla.

Bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang menjual seluruh diri mereka kerana mencari keredhoan Allah dan Allah maha penyatun kepada hamba-habaNya”. (Al Baqarah: 207)

Mufassir Ibnu Kathir dalam menyimpulkan ayat ini menyatakan bahawa ayat ini boleh disesuaikan secara umum kepada setiap Mujahiddin pejuang penegak agama Allah. Iaitu setiap diri yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat mesti bersedia untuk mengurbankan apa sahaja, mengurbankan seluruh keupayaan, tenaga, harta, jiwa dan raga untuk Allah semata-mata. Mereka tidak takut melainkan kepada Allah swt. Mereka sedar bahawa apa sahaja yang ada pada mereka hanyalah sekadar pinjaman dari Pemimpin yang maha Pemurah. Seluruh kehidupan mereka memenuhi tuntutan ikrar sumpah dan janji setia kepada Allah swt. Setiap nafas yang bertentangan dengan hukum-hukum Allah mereka tentang habis-habisan. Inilah golongan Mujahiddin yang berani mati semata-mata kerana Allah.

Justru itu, tuan-tuan yang dirahmati Allah swt, berfikirlah dalam golongan mana kita berada. Pertama, kedua atau ketiga. Adakah kita termasuk dalam golongan pertama yang semata-mata memberhalakan hawa nafsu dan syaitan? Di mana golongan ini tempatnya di dalam Neraka Jahannam – na’uzubillah hi minzalik. Atau pun golongan ketiga iaitu golongan yang mengabdikan seluruh kehidupan semata-mata mencari mardhotillah. Tepuk tangan dan tanyalah IMAN DAN TAQWA.


Bermasuk, “Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang yang beriman - selain daripada orang yang keuzuran - dengan orang-orang Mujahiddin (yang berjihad pada jalan Allah) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang Mujahiddin (yang berjihad pada jalan Allah) dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang tidak turut berperang dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang Mujahiddin (yang berjihad pada jalan Allah) atas orang-orang yang tidak berperang dengan pahala yang amat besar”. (An Nisaa: 95)

KHUTBAH 18HB MEI 2002

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
Khutbah 18hb Mei 2002


Al-Imran: 79 yang bererti "Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya tergamak mengatakan kepada orangramai: "Hendaklah kamu menjadi orang ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta'ala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya."

Sidang Jumaat

Ketahuilah bahawa jihad-al-syaitan atau berperang melawan syaitan itu ialah dengan menolak sebarang yang dicampakkan atau sebarang bisikan syaitan kepada manusia daripada perkara-perkara kesamaran dan keraguan yang boleh mencederakan iman dan memesongkan akidah kita. Dan memerangi syaitan dengan menolak segala kemahuan-kemahuan dan keinginan-keinginan yang datang daripada syaitan laknatullah. Maka jihad yang pertama dengan syaitan ini ialah senjata yakin dan yang kedua dengan senjata sabar,

firma Allah surah As Sajdah: 24 yang bererti "Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."


Sidang Jumaat

Bagaimanakah kita hendak menolak dengan yakin setiap bisikan dan kesamaran yang dicampakkan dan dilimparkan oleh syaitan laknatullah sekiranya kita sendiri tidak mempunyai alat-alat yang lengkap? Alat-alat yang mantap lagi utuh untuk menangkis, untuk menepis untuk mematah segala jenis kesamaran in? Jawapannya, alat-alat yang mantap ini tidak lain dan tidak bukan ialah ilmu, iaitu ilmu agama.

Sidang Jumaat

Kita lihatlah umat-umat islam kini. Mereka tidak sanggup memerangi nafsu dan sanggup pula mengikut bisikan dan ajakan-ajakan syaitan. Orang-orang alim mereka tidak sanggup menyampaikan perkara-perkara yang benar dan sanggup pula mereka ini menyembunyikan perkara-perkara yang benar kerana takut hilang pangkat kedudukan di sisi pemimpin-pemimpin mereka. Yang lebih menyedihkan dan mendukacita lagi ada di antara umat-umat islam yang tidak mahu menuntut ilmu agama dan sanggup membiarkan diri mereka di dalam kejahilan dan kebodohan terhadap hukum-hakam agama.

Dan ada juga di anatara umat islam di akhir zaman ini sanggup melantik diri mereka sendiri sebagai ahli jawatankuasa masjid dan surau tanpa mendapat sokongan atau persetujuan anak khariah atau tanpa bermesyuarat terlebih dahulu semata-mata bertujuan untuk menentang dan menyekat kebangkitan islam dengan menghalang umat islam amnya dan muda mudi khasnya melakukan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan seumpama menuntut ilmu agama dengan memecat dan menghalang guru-guru dan ustaz-ustaz daripada mengajar di surau-surau dan masjid-masjid yang sedia ada kuliah-kuliahnya dengan alasan berlainan fahaman politik dengan mereka dan pemimpin mereka.

Kita dapat lihat juga bagaimana nafsu dan syaitan menembusi ibu bapa dan muda mudi islam kini. Ibu bapa tidak lagi sanggup dan tidak lagi berani menegur anak mereka yang tidak menuntup aurat, anak mereka yang tidak sembahyang, anak mereka yang tidak menuntut ilmu agama, atau anak mereka yang melepak di tepi-tepi jalan, atau anak mereka yang keluar dengan lelaki yang bukan muhrim atau yang membawa pulang perempuan yang bukan muhrim dan membawa pulang lelaki yang bukan muhrim kerumah mereka. Ini adalah kerana mereka takut hilang wang ringgit dan harta benda. Begitulah dengan muda mudi Islam kini, mereka mengikut nafsu dan bisikan syaitan. Mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah syarak (islam) demi memuaskan nafsu mereka.

Manakala berjihad atau berperang dengan orang-orang kafir, munafik dan orang zalim ialah dengan hati, dengan lidah, dengan harta benda dan jiwa raga. Bahkan seandainya islam memerlukan darah-darah yang mengalir di dalam tubuh kita dan nyawa kita sekali pun, maka hendaklah korbankan demi melihat islam tertegak di atas muka bumi Allah ini.

Jihad ini, perjuangan ini yang mana kita telah difardukan, yang mana kita telah diperintahkan melakukannya adalah mempunyai matlamat yang tinggi dan mulia serta tujuan yang besar iaitulah : Yakni untuk meninggi kalimah Allah, sebarang jihad, sebarang peperangan, sebarang perjuangan yang dilakukan oleh kita umat Nabi Mohammad SAW tidak akan diterima oleh Allah SWT selagi mana ia tidak mempunyai maksud yang demikian. Firma Allah SWT:Yang bermaksud “orang-orang mukmin berjihad mereka itu kerana menegak agama Allah, sedang orang-orang kafir itu mereka berperang kerana thoughut (syaitan atau berhala)" yang berarti walau sebagaimana besar dan hebat perjuangan sesaorang islam, tetapi tujuan tidak terletak di atas maka akan runtuhlah dan musnahlah amalan jihad itu di sisi Allah dan di akhirat ia akan termasuk kedalam orang-orang yang rugi.

Kepada Rasullullah SAW ditanya darihal seorangn lelaki berjihad kerana (untuk mendapat rampasan) seoraang lelaki berjihad kerana atau atau memelihara kaumnya dan seorang lelaki berjihad kerana memandang kedudukan yang akan diperolihinya, maka yang mana satu daripadanya yang dikatakan fi sabil lillah? Maka Rasulullah menjawab :
yang bermaksud barang siapa berjihasd kerana hendak menegak kalimah Allah maka dialah dinamakan fi sabi lillah.

Sesungguhnya makna kalimah Allah itu termasuklah menegak kebenaran, keadilan, memerangi orang-orang yang memulakan permusuhan terhadap muslimin, memerangi kemungkaran, menolong orang yang lemah dan tertindas dan sebagainya. Inilah makna dengan erti kata yang luas.

Sidang Jumaat

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kita tidak akan dapat masuk kedalam syurga Allah melainkan hendaklah kita berjuang, hendaklah kita berjihad dan tidaklah kita dapat berjuang dan berjihad dengan ini semua melainkan dengan kita memperolihi iman dan akidah yang mantap. Dengan iman dan akidah yang utuh lagi kuat. Dan tidak kita dapat memperolihi iman dan akidah yang mantap lagfi utuh melainkan dengan berdasarkan ilmu-ilmu yang dibawa datang oleh Rasulullah SAW melalui ulamak-ulamak muktabar iaitulah dari golongan ahli sunnah wal jamaah.

.

KHUTBAH 26 MEI 2000

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
KHUTBAH JUMAAT 26.5.00


Sidang Jumaat yang dihurmati sekalian,

Pertama-tama kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya kita dipertemukan lagi di tengahari Jumaat yang mulia ini dalam keadaan sihat wal afiat. Hendaknya kita terjemahkan erti kesyukuran kita dengan kita pertingkatkan lagi rasa Taqwa kepada Allah swt, mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat.

Saudara kaum muslimin yang dikasihi,

Di kesempatan yang mulia ini ingin saya mengajak tuan-tuan semua untuk merenung sejenak beberapa halangan yang berupa ujian dari Allah swt terhadap manusia muslim yang sewajarnya mengabdikan diri kepada Allah swt.

Halangan atau ujian pertamanya ialah hawa nafsu. Firma Allah swt ,


“ Sesungguhnya nafsu itu sangat cenderung kepada kejahatan” (Yusuf: 53)


Tuan-tuan,

Nafsu memang cekap, kesungguhannya, kejahatannya dan tipu dayanya adalah berpuluh-puluh kali ganda hebatnya dari peperangan bersenjata. Tempoh berperang dengan nafsu tiada bermusim. Tiada penghujung bahkan setiap detik nafsu berperang dengan kita. Nafsu tidak pernah tidur, tidak pernah lena. Yang lena kita, manusia. Yang lalai kita. Inilah kerja nafsu yang dibantu oleh musuh nombor satu anak cucu Adam iaitu syaitan yang menyasatkan. Nafsu denan bantuan syaitan sentiasa menghasut dan berbisik ke dalam hati manusia khasnya orang-orang muda, “Buat apa bersusah payah mentaati Allah. Buat apa sembahyang banyak-banyak. Belum tentu dapat masuk syurga. Buat apa bersusah payah menutup aurat, panas. Tidak dapat ikut fesyen. Muda hanya sekali. Masa inilah hendak enjoy. Apa salahnya hiburan rock, rap dan sebagainya.”

Katanya lagi, “Hidup biar sederhana. Dunia mahu akhirat pun mahu. Umur masih muda. Badan masih sihat dan kuat. Enjoylah dulu. Nanti esok lusa bila kita dah tua baru kita bertaubat dan beribadat betul-betul.” Inilah di antara bisikan-bisikan jahat syaitan dan nafsu ke dalam hati orang-orang muda. Allah berfirman,

“Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia Sesungguhnya syaitan itu bagi manusia adalah musuh yang sangat nyata.” (Yusof: 5).

Muslimin mukminin yang dirahmati Allah swt,

Apabila hati manusia telah dikuasai oleh hawa nafsu dan syaitan maka manusia bukan lagi akan mengikut kata Allah dan Rasul tetapi akan mengikuti kehendak nafsu dan syaitan. Maka jadilah manusia ini hamba kepada nafsu dan hamba kepada syaitan. Apa sahaja yang hendak dilakukanpasti akan dirujuk kepada rasa hati dan otak yang dikuasai oleh hawa nafsu dan syaitan bukan mengikut Hadith dan AlQuraan. Inilah cita-cita dan matlamat syaitan yang sentiasa menyesatkan dan mengheret anak cucu Adam bersam-samanya ke lembah Neraka Jahannam..

KHUTBAH 27HB ZULK’IDAH 1420

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
KHUTBAH JUMAAT 27HB ZULK’IDAH 1420


Sidang Jumaat yang dihurmati sekalian,
Bertakwalah kita kepada Allah dengan sebenar Takwa dan berlumba-lumbalah ke arah keampunan dan keredhoan Allah swt.

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Di antara jalan dan usaha murni bagi mencegah ummat Islam tercebur kedalam kancah kemungkaran terutamanya golongan muda mudi yang besar jumlahnya daripada terlanjur kelembah perbuatan salah laku umpamanya penagihan dadah, melepak, zina, pembuangan bayi dan sebagainya, ialah dengan melaksanakan ‘amar maaruf dan nahi mungkar’ kerja menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firma Allah “Dan hendaklah ada di anatara kamu satu gulungan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat kebaikan ser5ta melarang daripada melakukan kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya.” (surah Ali Imran:104).

Ayat ini dapat difahami bahawa di kalangan ummat Islam mestilah ada orang-orang yang bertanggungjawab menjalankan kerja menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Punca kejayaannya adalah terletak di atas sejauh mana kita jalankan usaha ini.

Sidang hadirin yang dihurmati sekalian,
Sejauh manakah orang-orang yang dipertanggungjawabkan menjalankan amar maaruf dan nahi mungkar ini? Ayat yang kita baca tadi menegaskan dengan kalimah “ummah” – iaitu satu golongan. Difahami daripadanya golongan ini ialah terdiri daripada pihak yang berkuaa yang teratas sekali dalam sesabuah negara sehingga kepada ibu bapa dan keluarga yang bertanggungjawab atau satu-satu kelumpuk keluarga termasuk ketua-ketua kumpulan dan mereka yang celik Agama.

Mengapakan kerja amar maaruf nahi mungkar ini amat penting? Jawapannya ialah dalam setiap suruhan baik dari Allah swt itu terdapat dua faedah besar. Satu untuk mendapat pahala yang membawa kita ke syurga Allah swt seandainya amalan-amalan baik itu dilakukan dengan ikhlas, dan satu lagi kiata dapat keberkata dalam kehidupan di dunia ini lagi. Jadi jelaslah kepada kita bahawa kerja-kerja baik boleh membawa kita hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Demikian pula dalam setiap larangan Allah swt yanng diistilahkan dengan mungkar itu terdapat dua bahaya besar; pertama- mendapat dosa dengannya bakal dihumbankan kedalam neraka. Manakala keduanya ialah mendapat kecelakaan dan bala di kala masih hidup di atas dunia ini. Maka jelaslah kepada kita bahawa kemungkaran itu sebenarnya menempah mala petaka di dunia dan azab di akhirat. Bencana Allah swt di dunia ini akan menimpa secara umum. Maknanya tidak hanya orang yang melakukan kemungkaran itu sahaja ditimpa bala bahkan mereka yang berada di sekelilingnya juga tidak terlepas daripa serpihan bala tersebut. Khususnya mereka yang bertanggungjawab untuk menangani kemungkaran tidak menjalankan tugas tersebut. Oleh kerana bala itu meratai semua manusia maka sepatutnya orang yang dinasihatkan itu tidaklah boleh marah atau bertindak bengis jika dinasihati; dan tidak boleh menganggap orang menjaga tepi kainnya. Sebaliknya wajib dia berterima kasih kerana rakannya telah cuba menyelamatkan dirinya sekali gus menyelamatkan diri rakannya itu.

Sabda Ar Rasul saw “Hendaklah kamu menjalankan usaha menyuruh kepada maaruf dan mencegah mungkar. Kalu tidak kamu dikuasai oleh orang-orang yang jahat. Di kala itu orang-orang baik dari kalangan kamu berdo’a, tetapi do’a mereka tidak diterima oleh Allah swt”(Rawahul Bukhari).

Oleh kerana kerja mencegah kemungkaran itu seolah-olah satu bantahan atau komplain terhadap sesaorang lain, makan boleh dikatakan kebanyakan manusia pantang dibantah atau ditegur kerjabuat. Maka Allah swt yang Maha Bijaksana telah memberi panduan bagaimana hendak menjalankan kerja-kerja Dakwah secara bijaksana serta boleh mendatangkan kesan yang baik.

Firman Allah swt, “Serulah kejalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan mu Dialah jua lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”(Surah An Nahli: 25)

Hikmah bererti tegas dan benar dan dapat membezakan antara yang baik denagn yang bathil. Dengan hikmah tidak akan membangkitkan kemarahan atau perasaan kecil hati dari pihak yang diseru. Ayat ini jelas memberi panduan kepada kita bagaimana cara menegur kesalahan orang lain supaya mereka tidak terasa kecil hati di samping dapat memberi kesan yang baik dari teguran kita itu. Iaitu hendaklah kita lakukan dengan cara diplomasi, yang sesuai dan dengan penuh kesabaran, ketenangan dan keikhlasan.

Walaupun demikian kita dapat mengharapkan kesan 100% daripada seruan dakwah kita itu. Kerana Allah Yang Maha Mengetahui siapakan yang akan diberi petunjuk lalu insaf serta mengikut dan siapa pula yang langsung tidak mendapat petunjuk lalu berada dalam kesesatan. Tegasnya kewajipan kita hanya mengajak, menegur dan menyampaikan kebenaran kepada manusia kejalan maaruf dan menghindarkan mereka daripada melakukan kemungkaran. Yang memberi klesan adalah hak Allah swt. Kita tidak harus berkecil hati atau berasa kecewa dengan sikap orang yang kita seru atau kita dakwahkan itu tidak mahu ikut seruan kita. Kerja kita hanya menegur dengan bijaksana. Yang memberi hidayah dan mengubah hati-hati manusia itu kerja Allah swt.

Di dalam usaha menyuruh kepada maaruf dan mencegah mungkar terhadap golongan kanak-kanak dan golongan muda remaja ini, kita amat tertarik dengan cara datuk nenek kita dahulu melaksanakan tugas tersebut dan juga sikap ibubapa di zaman dahulu yang rela anak-anak mereka ditegur, hatta dipukul dengan cara hendak mengajar adab.

Pada zaman itu orang tua-tua setempat atau dalam sesebuah kampong bertanggung jawab menegur, memarahi anak sesiapa sahaja seperti anak sendiri jika didapati melakukan kerja-kerja mungkar dengan tidak merasa takut mendapat tindak balas dari ibu bapa anak-anak tersebut. Dan ibu bapa pula menyokong tindakan orang tua-tua yang memberi teguran tersebut. Biasanya ibu bapa akan bertindak tambah jika anak-anak mereka telah ditegur atau dimarahi oleh mana-mana orang tua-tua dalam kampong itu. Dengan cara ini anak-anak dalam sesebuah kampong merasa takut kepada orang tua-tua dan merasa malu dan curiga hendak melakukan perbuatan mungkar di luar rumah mereka, kerana takut terserempak dengan orang tua- tua kampong itu.

Tuan-tuan,
Sebenarnya cara ini amatlah baik dan sesuai dengan kehendak Agama Islam, dengan syarat pihak-pihak yang berkenaan hendaklah bertindak dengan jujur, ikhlas serta ‘adil.

Berlainan sekali dengan sikap ibu bapa zaman ini, ibu bapa tidak rela anak mereka ditegur walaupun anak-anak mereka melakukan kerja-kerja mungkar secara terang-terangan. Lantaran itu anak-anak muda tidak merasa takut dan segan kepada orang tua-tua. Malah tidak menghurmati orang tua-tua, akibatnya dapat kita lihat perlakuan maksiat dan mungkar telah bermaharajalela yang dilakukan oleh anak-anak muda kita hingga di depan mata orang tua, di hadapan guru-guru, termasuk guru-guru agama. Golongan ini hanyadapat melihat dengan penuh penyesalan, kerana mereka faham bala daripada perbuatan tersebut akan tertimpa keatas semua orang termasuklah diri mereka sendiri.

Oleh yang demikian mimbar Jumaat hari ini mengajak para jemaah sekalian agar sama-sama berfikir kalau dapat dihidupkan semula tradisi orang tua-tua kita dahulu dan hendaklah kita mengubah sikap dan menerima hakikat bahawa kalau betul anak-anak kita melakukan perkara-perkara mungkar, janganlah dimarahi jika diberi tahu atau ditegur oleh orang lain. Jika tindakan sebegini dijalankan dengan betul kita pasti insya Allah akan dapat melihat kesannya yang baik dan bala Allah tidak akan menimpa kampoing halaman kita Insya Allah.