September 20, 2010

HARI RAYA QARYAH

Cherok Tokun 19hb Sept 2010 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Cherok Tokun dengan dihadiri oleh seluruh anak qaryah.

Ini adalah kali kedua Maj lis Hari Raya Qaryah diadakan khusus untuk meraikan kalangan anak qaryah. Kali pertama majlis ini diadakan ialah pada Tahun 2009. Majlis tahun ini menampakkan kemeriahan yang lebih luar biasa dengan mengadakan beberapa acara khusus untuk warga qaryah.

Majlis dimula dengan penyampaian nasyid oleh anak-anak qaryah terdari daripada kelas Tadika KEMAS, muri-murid-murid Sekolah Agama KAFA dan kumpulan remaja dan belia.

Majlis dirasmikankan oleh YB Tuan Haji Salleh Man ADUN Permatang Pasir, merangkap Timbalan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Daalam ucapan perasmin beliau mengingatkan supaya peranan masjid dipertingkatkan bagi mengembeling seluruh anggota masyarakat dan bukan hanya untuk mengadakan solat semata-mata.

Majlis ini juga telah meraikan warga istimewa yang beumur 75 tahun keatas yang telah bersama-sama membangunkan qaryah ini. Penyampaian cenderahati kepada warga istemewa telah disampaikan oleh YB Tuan Salleh Man.

Pengerusi Qaryah Tuan Haji Idrus Ibrahim dalam ucapan beliau meminta agar anak qaryah memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan qaryah serta melahirkan penghargaan kepada PEWARIS Qaryah dan Lujnah Wanita di atas sokongan mereka.

Ceremah motivasi diadakan selepas majlis perasmian oleh Tuan Haji Abd Rahim Abd Rahman.

DS Anwar Ibrahim turut hadir menjamu selera dan berbual dengan warga istemewa dan PEWARIS Qaryah sebelum berangkat ke Penanti.