February 22, 2011

Sambutan Mauludur Rasul


Selasa - 15 Feb 2020 - Hari ini 10 tahun yang lalu, Qaryah Cherok Tokun Bawah telah mengadakan sambutan Majlis Sambutan Mauldur Rasul peringkat Qaryah Cherok Tokun Bawah secara besar-besarans bagi tahun kedua berturut-turut.

Seluruh anak qaryah daripada kalangan kanak-kanak, remaja, belia, wanita dan dewasa telah bersama-sama menjayakan perayaan Majlis Sambutan Mauludur Rasul pada tahun ini.


Majlis telah di mula dengan mengadakan  taklimat kepada peserta perarakan oleh Sdr Zulkifli Saad, Pengerusi JKKK Cherok Tokun merangkap Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, pada jam 8.00 pagi.

Perarakan  bermula dari Padang Awam Jalan Kolam melalui Kampong Telok Bukit mengeliling kawasan kampong berakhir di Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah.

Sermai 350 peserta mengambil bahagian yang terdiiri daripada 7 kumpulan

1. Murid-urid Madrasah Al Wataniah
2. Remaja Nurul Imam
3, Remaja Nyrul Ehsan
4. Belia PEWARIS Qaryah
5. Kumpulan Wanita Bijak Solat

6. Kumpulan Wanita dan
7. Kumpulan Dewasa


Setelah tiba di perkarangan masjid aktiviti yang diadakan adalah

1. pertandingan pidato yang berthemakan"Sayang Rasul, Ikut Sunnah" antaramurid-murid sekolah rendah dan menengah
2. persembahan nasyid Kanak-Kanak PASTI dan Remaja.
3. majlis marhaban.

Jamuan tengahari telah disediakan pleh pemuda PEWARIS Qaryah untuk semua yang hadir.

Semoga sambutan sebagini diteruskan pada tia-tiap tahun bagi menjalin perhubungan masyarakat.