Akhirnya
pramugari2 EgyptAir memakai tudung bagi pekerja Islam yg menjalankan
tugas dan mereka mula memakai tudung bagi kali pertama sejak syarikat
penerbangan nasional itu ditubuhkan pada tahun 1932 lalu, kata seorang
pegawai syarikat itu hari ini, sepertimana dalam lapuran AFP.
Atendan penerbangan adalah mesti berpakaian hijab, Para Ulama arus
perdana Mesir yang mengatakan adalah wajib, bagi pekerja penerbangan
EgyptAir untuk menutup aurat. Pemakaian tutup aurat itu dimulakan ketika
penerbangan ke Jeddah Arab Saudi sabtu lalu.
Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak dahulu, hijab adalah menjadi
pantang bagi pekerja wanita dalam beberapa institusi negera itu seperti
televisyen dan syarikat penerbangan nasional.
Tetapi selepas pilihan raya Jun lalu, Presiden Islam Mohamed Morsi
berkenan supaya wanita di televisyen dan EgyptAir memakai hijab, seperti
kebanyakan wanita Islam di Mesir yg lain dan kebenaran itu diluluskan
setelah didesak oleh ramai kakitangan.
Syarikat itu telah bersetuju untuk membenarkan pramugari untuk memakai
tudung selepas kempen dan mogok oleh krew kabin pada bulan September
lepas yang juga menuntut gaji yang lebih baik.
Seorang pegawai EgyptAir berkata syarikat asing telah diberi kontract
untuk reka bentuk topi dan tudung kepada lebihkurang 250 pramugari yang
mahu memakai hijab, daripada 900 wanita yang bekerja untuk EgyptAir.
Pada bulan September lalu, anchorwoman adalah wanita pertama muncul di
televisyen Mesir memakai tudung, yang secara tradisinya meliputi rambut
dan leher. Sesetengah wanita lebih liberal memakai tudung untuk menutup
rambut mereka sahaja.
p/s- Dinegara kita Malaysia ini, bilakah mahu menurut gaya pramugari di
negara2 luar sana? Kenapa taknak menobatkan keagungan Islam? Tak malu ke
pada pramugari2 Iran, Brunei dan Mesir? Apa apa pun pemerintahlah yg
mencorakkan rakyat nya, pencapaian di utamakan!