

Hutan tropika dengan tumbuhan asli di Bukit Mertajam membolehkan kita menikmati tumbuhan liar dan udara nyaman. Jabatan Hutan telah menyediakan hutan rekriasi "Hutan Lipur Cherok Tokun".
Nama Cherok Tokun adalah synonemous dengan nama Sdr Anwar dan disebut di mana-mana jua di dalam ucapanya di dalam semua ucapan di dalam dan juga di luar negara, semenjak zaman ABIM dan Belia.
Sejak tarikh hitam 2hb September 1998 apabila Sdr Anwar dilucutkan jawatan, di'aibkan, dipecat dari UMNO dan seterusnya dipukul oleh Ketua Polis Negara, Rahim Noor dan akhir-akhir ini ternyata diracun masyarakat Cherok Tokun telah membulatkan tikad keluar beramai-ramai daripada UMNO dan menubuhkan dua cawangan Parti Keadilan.
Kini Cherok Tokun akan meneruskan perjuangan reformasi, yang dilafazkan oleh Sdr Anwar di Cherok Tokun iaitu Deklerasi Permatang Pauh.
Dari Juru Ke Cherok Tok Kun
ReplyDeleteKayuh basikal ikut Alma
Ada ilmu tapi masih jakun
sampai bila hidup tak sempurna