March 24, 2009

Hari Maulud



Jawatankuasa Qariyah Masjid Cherok Tokun telah mengadakan Program Mauludul Rasul pada Hari Isnin 12hb Rabiulawal, bersamaan 9hb Mac, 2009

Sambutan Mauludul Rasul dimulakan dengan perhimpunan murid-murid sekolah agama Madrasatul Idtihadiah dan remaja Cherok Tokun di padangan Jalan Kolam. Ceramah agama telah diadakan dalam perhimpunan tersebut sebelum mereka berarak sambil berselawat di seluruh kawasan kampong Cherok Tokun.

Pada masa yang sama gotong royong penyediaan masakan diadakan di Masjid Jamek Cherok Tokun di ketuai oleh Tuan Haji Ramli. Sebahagian kumpulan remaja turut sama dalam belajar memasak.


Tuan Imam dan anak jemaah qariyah memulakan majlis marhaban dan selawat pada jam 11.45 pagi.


Tepat jam 12.00 tengahari perarakan mengakhiri perjalanan seluruh kampong di Masjid Cherok Tokun dan dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.

No comments:

Post a Comment