June 13, 2009

Lawatan TYT Tun Abd Rahman Abbas

12hb Jun - Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun (Dr) Abd Rahman Abbas telah mengadakan lawatan solat jumaat di Masjid Jamek Cherok Tokun.

Ketibaan Tuan Yang Terutama telah disambut oleh Pengurusi Qaryah Tuan Haji Idrus Ibrahim. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan Daerah Seberang Perai Tengah.

Solat Jumaat telah diimamkan oleh Tuan Haji Omar Othman manakala Tuan Haji Abd Najib Hashim bertindak sebagai bilal bertugas.


Selepas solat Jumaat Tuan Yang Terutama telah sudi berjabat dengan anak qaryah dan seterus mengadakan jamuan bersama Tuan Pengurusi, Tuan Imam, Ketua-Ketua Jabatan dan anak qaryah di kawasan masjid.


No comments:

Post a Comment