June 10, 2012

Isu Berhubung Perkahwinan Dgn Ahli Kitab

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [al-Maidah : 5]

Ok, di dalam ayat di atas, ada 2 poin utama berkait isu KAHWIN dengan ahli Kitab.


1. Halal Lelaki Muslim kahwin dgn perempuan Ahli Kitab yang baik-baik.

2. HARAM bagi sesiapa yang “engkar” dengan “menafikan” hukum tersebut.

==================


Boleh Kahwin Perempuan Ahli Kitab


Pertama sekali, kita kena ingat, AQ adalah relevan dan sesuai sehingga ke akhir zaman. Selagi tidak ada ayat nas yang menasakhkan sesuatu nas yang lain, tidak ada sesiapa pun yang berhak kata sesuatu HUKUM itu sudah tidak relevan. Begitu halnya dengan isu ini. Ayat 5 yang ditulis di atas tidak pernah dinasakhkan (dibatalkan), maka ia masih VALID.


Maka : Hukum Kahwin adalah BOLEH


================


Ibnu Umar ?


Telah disebutkan di atas, bahawa tercatat dalam Fiqh Aqalliyat – Dr Yusuf AQ bahawa antara pendapat yang mengatakan bahawa Ahli Kitab sudah tidak wujud adalah dari pendapat Syiah Imamiyah dan Ibnu Umar.


Syiah kita dah tolak.


Manakala Ibnu Umar, bukanlah sebenarnya dia mengatakan tidak wujud lagi Ahli Kitab. Tetapi lebih kepada beliau tidak bersetuju dengan KAHWIN AHLI KITAB di kalangan umat ISLAM. Hal ini ada disebut dalam Feqh Sunnah – Syed Sabiq sendiri.


Bila ditanya kepada Ibnu Umar tentang laki-laki Muslim kahwin dengan perempuan Yahudi dan Kristian, maka jawabnya :


“Allah telah mengharamkan orang-orang Mukmin daripada kahwin degan perempuan musyrik. Sedangkan menurut saya, tidak ada perbuatan musyrik yang lebih besar daripada perempuan yang mengatakan Isa sebagai Tuhannya atau salah seorang dari Tuhannya. (Trinity)”


Benar, dalam ayat 221: al-Baqarah sudah pun dijelaskan oleh Allah tentang haramnya berkahwin dengan wanita MUSYRIK.


Tapi, telah dijelaskan dgn teliti di atas, bahawa perempuan Musyrik dan Ahli Kitab ini sebenarnya adalah 2 perkara berbeza, dan ini bukan saya yang kata, tetapi AQ sndiri iaitu pada ayat 1: al-Bayyinah :


“Orang-orang yang kafir di ANTARA Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) dan orang-orang musyrik, tiadalah mahu meninggalkan agamanya, sehingga sampai kepada mereka keterangan”


Pada ayat tersebut jelas bahawa orang Musyrik bukanlah Ahli Kitab, dan Ahli Kitab juga bukanlah orang Musyrik walaupun pada hakikatnya mereka mensyirikkan ALLAH !


Dari Qurthubi, Nuhas berkata : Pendapat ini (yakni pendapat Ibnu Umar) menyimpang dari pendapat kelompok majoriti yang telah dijadikan hujah. Sebab yang berpendapat HALAL kahwin dengan perempuan Ahli Kitab itu terdiri dari ramai golongan sahabat dan tabi’en.


Antara golongan sahabat : Saidina Uthman b ‘Affan, Thalhah, Ibnu Abbas, Jabir dan Hudzaifah (r.anhum)


Antara tabi’en : Saib b Musayyab, Said b Jubair, al Hasan, Mujahid, Thawus, Ikrimah, Sya’biey, Dhahak dan ahli2 Feqh dari berbagai negeri Islam


Saidina Uthman ra sndiri pernah berkahwin dgn Nailah anak perempuan Farafishah Kalbiyah dari Bani Kalb yg beragama Kristian dan akhirnya perempuan itu masuk Islam setelah menjadi isterinya. Juga Hudzaifah yang berkahwin dengan perempuan Yahudi penduduk Madain.


Jabir ra pernah ditanya tentang kahwin dengan perempuan Yahudi dan Kristian. Jawabnya:


Kami pada waktu penaklukan negeri Syam telah berkahwin dengan golongan mereka itu bersama-sama dengan Saad b Abi Waqqas.


Malah terdapat juga riwayat mengatakan RasuluLlah SAW sndiri telah berkahwin dgn Mariah Qibtiah dari puak Qibti dan melahirkan seorang putera bernama Ibrahim, sedangkan Mariah kekal dlm agamanya.


Maka : Pendapat Ibnu Umar dalam hal ini LEMAH dan TIDAK KUAT serta bertentangan dengan sekalian majoriti para sahabat yang lain.


================


Antara Syarat2 Kahwin dgn Ahli Kitab


A) Muslim di pihak lelaki dan ahli kitab di pihak Kristian. Ini kerana orang lelaki lebih berpengaruh dan berkuasa serta kuat berbanding golongna perempuan. Jika lelaki yang beragama Kristian dan isterinya yang beragama Islam maka tak sah perkahwinan tersebut.


B) Anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut hendaklah beragama Islam


C) Prof Dr Hamka pula mensyaratkan lelaki mestilah beriman. Ini kerana dia bakal berhadapan dengan mentua dan ipar-ipar yang beragama kristian.


D) Dalam keadaan tertentu pihak berkuasa boleh menegah perkahwinan atas dasar kepentingan agama dan negara. Contohnya jika di suatu kawasan perempuan Kristian ramai yang cantik dan perempun Islam kurang cantik. Jadi ramai lelaki Islam ingin mengahwini perempuan Kristian, ini akan menyebabkan wanita Islam tak ada jodoh dan menjadi andartu.


------------------------


Dlm sebuah keputusan muzakarah Majlis fatwa kebangsaan Mei 1980:


1. Nikah orang islam dgn perempuan kitabiyyah (bukan asli) adalah tidak sah mengikut mazhab syafie


2. pernikahan seperti itu (pernikahan orang islam dgn perempuan kitabiyyah bukan asli) yang telah dilakukan pada masa lalu bolehlah disahkan mengikut sesetengah pendapat ulamak dengan syarat jika nikah itu diakadkan mengikut islam dan keluarga itu hendaklah hidup secara islam termasuk pendidikan anak2, jika tidak demikian maka perkahwinan itu hendaklah dibatalkan.



===================


Beberapa Huraian Tambahan


Perempuan yang “baik2” (Muhsonat)


Sungguh pun Islam membernakan kahwin dgn perempuan Ahli Kitab, tetapi hakikatnya tidaklah begitu remeh syariat menangani isu ini sebagaimana mudahnya isu Sembelihan mereka. Disyaratkan dgn jelas pada ayat AQ ialah permpuan MUHSONAT yakni perempuan yang baik-baik sahaja yang layak dikahwini.


MUHSONAT ertinya : Wanita-wanita yang terpelihara maruah dan juga kemaluannya. Termasuk juga wanita-wanita yang pandai menjaga diri dan taat kepada agama mereka.


Oleh itu , TIDAK BOLEH MENIKAHI para penyanyi, para pelakon, model-model dan apatah lagi para pelacur yang beragama Yahudi ataupun Kristian kerana mereka itu BUKANLAH MUHSONAT.



Hikmah


Pertama sekali tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mengembangkan syiar Islam itu sendiri. Sesungguhnya perempuan Ahli Kitab dan musyrikin lain adalah berbeza, di mana Ahli Kitab pada hakikatnya adalah dari kalangan yang turut mempercayai kewujudan Allah, hari qiamat, ada peraturan-peraturan hidup tertentu, seperti akhlak mulia dan sebagainya. Cuma sahaja ketara pada penafian mereka terhadap kerasulan Muhammad SAW yg menyebabkan mereka menjadi KUFUR.


Dan adalah diharapkan menerusi perkahwinan dgn mereka ini, akan menyebabkan mereka lebih “dekat” dan “faham” tentang Islam dan keimanan yang hakiki, dan mudah-mudahan akan memeluk Islam yang mana jauh lebih baik daripada agama Ahli Kitab yang kufur.


Peringatan Tambahan


Saya ingin tegaskan juga sekali lagi, isu perkahwinan ini bukanlah suatu benda yang remeh. Dalam keadaan di mana di luar sana masih ramai orang Islam untuk dikahwini, sudah tentu amat tidak wajar jika wanita Ahli Kitab yang menjadi pilihan kita. Cuma bila mana ditanya sama ada boleh atau tidak, maka jawabnya: BOLEH


Cuba bayangkan juga suatu keadaan lain sebagai contoh situasi pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara misalnya. Katakan tiba-tiba ada di kalangan wanita-wanita Kristian (Ahli Kitab) yang jatuh cinta dan tertarik pada lelaki Islam Melayu, dan begitu juga lelaki tersebut. Maka yang manakah lebih baik bagi mereka, kahwin atau berisiko jatuh ke lembah zina ?


Ulama-ulama misalnya seperti Syed Sabiq memakruhkan perkahwinan dengan Ahli Kitab sebagai mana yang disebut dlm kitab Feqh Sunnah.


Begitu juga Dr Yusuf AQ sebagasi mana yang telah saya sebutkan. Tidak ketinggalan Syeikh Mahmud Syaltut dan juga Syeikh Ibn Uthaimeen. Syeikh Ibn Uthaimeen dari KSA (Kingdom of Saudi Arabia) pernah menegaskan : "perkahwinan dgn perempuan ahli kitab banyak menimbulkan masalah kepada umat Islam dari timur dan Barat, dan org Islam mestilah berhati-hati memilih isteri utk dijadikan teman hidup"


Cuma pada kita, perlu nya pemahaman yang jitu dalam hal ini. Perlu kita sama-sama tahu dan dapat bezakan, antara DIHALALKAN dan juga DIGALAKKAN.


Sebagai kesimpulan dalam hal ini, maka jelas, perkahwinan antara lelaki Muslim dgn Ahli Kitab adalah DIHALALKAN tetapi TIDAKLAH DIGALAKKAN.

No comments:

Post a Comment