Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan terpilih dalam kes
melibatkan pimpinan Umno dan KEADILAN.
Menurutnya, SPRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap Ketua Wanita
Umno, Shahrizat Jalil atas penglibatannya dalam penyalahgunaan dana
National Feedlot Corporation (NFCorp).
Namun Kata Anwar, SPRM membebaskan tuduhan terhadap Shahrizat, meskipun banyak pendedahan dibongkar bagi membuktikan peranan beliau dalam kes itu semasa menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Sebaliknya kesAzmin Ali pada tahun 1995 yang telah pun ditutup kerana
didapati tidak mempunyai unsur rasuah oleh BPR ketika itu, kini dibuka
semula bagi mengalih pandangan sebenar isu membabitkan penyelewengan
kepimpinan Umno dan BN," katanya ketika berucap di Taman Guar Perahu,
Penanti di Permatang Pauh semalam.
"Biar mereka buat pendakwaan terpilih, kita akan terus membongkar dan mendedahkan penyelewengan kepimpinan Umno-BN yang semakin parah dan melampau kebelakangan ini, " ujarnya di hadapan lebih 10 ribu hadirin.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat mampu menilai bagaimana pemimpin Umno yang kebas wang rakyat, boleh bebas.
"Ada bukti, ada dokumen sahih penyelewengan NFC, mereka kata menteri tidak terlibat. Begitu mudah mereka membuat keputusan tanpa dibawa ke muka pengadilan.
"Inikah kerajaan yang kita mahu biarkan terus memerintah negara dalam pilihan raya umum yang akan datang?, " tanya Anwar sambil laungan ' tidak' disambut hadirin.
Jelasnya lagi, jika negara terus dipimpin Umno-BN, lebih banyak wang negara akan 'dilahap' oleh 'penyangak' dan perasuah, manakala rakyat akan tambah menderita.

No comments:
Post a Comment