CARA
MENGHORMATI SULTAN
Siapa yang boleh dan berani
mengubah adat jika adat itu tidak sesuai dengan perkembangan semasa?
Menyentuh isu yang melibatkan
hal-hal berkaitan Sultan/Raja bermakna menyentuh adat Melayu yang juga mengakui
akan kesatuan Melayu dengan Islam. Oleh kerana ia adat yang termaktub dalam
perlembagaan maka hampir tidak ada yang berani menyentuh hal-hal istana. Di
Malaysia ini hanya TunM pernah dan berani menyentuh berkaitan Raja/Sultan, dan
kerana itu Tengku Mahkota Johor (TMJ) selalu dilihat memusuhi TunM
Hal yang menjadi perhatian saya
dalam dua foto ini (yang sebenarnya adalah satu foto yang sudah dipisahkan)
ialah tentang cara (adat) menyembah (yang sepatutnya dibaca menghormati)
sultan. Adat mengangkat kedua-dua tangan adalah cara Melayu lama, iaitu zaman kesultanan
Melaka menghormati sultan. Adat Melayu lama ini sama seperti pakaian berwarna
kuning Raja adalah memiliki sejarah asal usul kebiasaan amalan hidup Hindu. Hal
ini tidak boleh dinapikan kalau amalan budaya Melayu lama itu dipengaruhi oleh
adat budaya Hindu ketika Hindu lebih dominan di Asia Tenggara sebelum
kemunculan Islam secara Sejarah.
Justeru Islam sudah menjadi a way
of life bagi bangsa Melayu. Oleh sebab itu, Melayu UMNO dan mungkin PAS
mengakui Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagaimanapun, adat Hindunya
seperti sukar melupuskannya dari kehidupan bangsa Melayu. Hal ini kerana ia
bersangkutan dengan istana yang seperti sudah menempel kukuh walaupun disedari
ia bercanggah dengan Islam yang dianut oleh bangsa Melayu itu sendiri.
Mengubahnya itu mestilah dari golongan istana itu sendiri, apa lagi kalau
rakyat menjadi taboo menyentuh istana.
Agar Melayu itu benar-benar
kelihatan Islamnya dari segi amalan dan penampilan, cara menyembah adat Melayu
lama (mengangkat susunan kedua-dua tangan di dahi) seharusnya diubah kepada
menghormati cara Islam (iaitu cukuplah letak tangan kanan ke dada sebelah kiri
sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat ataupun tanpa tunduk
kepala). Meletakkan tangan kanan di dada itu adalah simbol tanda tulus ikhlas
dari hati. Dalam hal ini, siapakah yang boleh dan berani mengubah sesuatu yang
kurang baik kepada yang lebih baik?Dalam sejarah Malaysia modern, hanya TunM
yang memiliki kekuata melakukannya. Tetapi sosok Mahathir kini kesuntukan waktu
untuk melakukan sesuatu yang taboo dalam bangsa Melayu.