November 22, 2020

 

CARA MENGHORMATI SULTAN

 

Siapa yang boleh dan berani mengubah adat jika adat itu tidak sesuai dengan perkembangan semasa?

Menyentuh isu yang melibatkan hal-hal berkaitan Sultan/Raja bermakna menyentuh adat Melayu yang juga mengakui akan kesatuan Melayu dengan Islam. Oleh kerana ia adat yang termaktub dalam perlembagaan maka hampir tidak ada yang berani menyentuh hal-hal istana. Di Malaysia ini hanya TunM pernah dan berani menyentuh berkaitan Raja/Sultan, dan kerana itu Tengku Mahkota Johor (TMJ) selalu dilihat memusuhi TunM

Hal yang menjadi perhatian saya dalam dua foto ini (yang sebenarnya adalah satu foto yang sudah dipisahkan) ialah tentang cara (adat) menyembah (yang sepatutnya dibaca menghormati) sultan. Adat mengangkat kedua-dua tangan adalah cara Melayu lama, iaitu zaman kesultanan Melaka menghormati sultan. Adat Melayu lama ini sama seperti pakaian berwarna kuning Raja adalah memiliki sejarah asal usul kebiasaan amalan hidup Hindu. Hal ini tidak boleh dinapikan kalau amalan budaya Melayu lama itu dipengaruhi oleh adat budaya Hindu ketika Hindu lebih dominan di Asia Tenggara sebelum kemunculan Islam secara Sejarah.

Justeru Islam sudah menjadi a way of life bagi bangsa Melayu. Oleh sebab itu, Melayu UMNO dan mungkin PAS mengakui Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagaimanapun, adat Hindunya seperti sukar melupuskannya dari kehidupan bangsa Melayu. Hal ini kerana ia bersangkutan dengan istana yang seperti sudah menempel kukuh walaupun disedari ia bercanggah dengan Islam yang dianut oleh bangsa Melayu itu sendiri. Mengubahnya itu mestilah dari golongan istana itu sendiri, apa lagi kalau rakyat menjadi taboo menyentuh istana.

Agar Melayu itu benar-benar kelihatan Islamnya dari segi amalan dan penampilan, cara menyembah adat Melayu lama (mengangkat susunan kedua-dua tangan di dahi) seharusnya diubah kepada menghormati cara Islam (iaitu cukuplah letak tangan kanan ke dada sebelah kiri sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat ataupun tanpa tunduk kepala). Meletakkan tangan kanan di dada itu adalah simbol tanda tulus ikhlas dari hati. Dalam hal ini, siapakah yang boleh dan berani mengubah sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik?Dalam sejarah Malaysia modern, hanya TunM yang memiliki kekuata melakukannya. Tetapi sosok Mahathir kini kesuntukan waktu untuk melakukan sesuatu yang taboo dalam bangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment