April 09, 2009

KHUTBAH 27HB ZULK’IDAH 1420

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
KHUTBAH JUMAAT 27HB ZULK’IDAH 1420


Sidang Jumaat yang dihurmati sekalian,
Bertakwalah kita kepada Allah dengan sebenar Takwa dan berlumba-lumbalah ke arah keampunan dan keredhoan Allah swt.

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Di antara jalan dan usaha murni bagi mencegah ummat Islam tercebur kedalam kancah kemungkaran terutamanya golongan muda mudi yang besar jumlahnya daripada terlanjur kelembah perbuatan salah laku umpamanya penagihan dadah, melepak, zina, pembuangan bayi dan sebagainya, ialah dengan melaksanakan ‘amar maaruf dan nahi mungkar’ kerja menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firma Allah “Dan hendaklah ada di anatara kamu satu gulungan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat kebaikan ser5ta melarang daripada melakukan kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya.” (surah Ali Imran:104).

Ayat ini dapat difahami bahawa di kalangan ummat Islam mestilah ada orang-orang yang bertanggungjawab menjalankan kerja menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Punca kejayaannya adalah terletak di atas sejauh mana kita jalankan usaha ini.

Sidang hadirin yang dihurmati sekalian,
Sejauh manakah orang-orang yang dipertanggungjawabkan menjalankan amar maaruf dan nahi mungkar ini? Ayat yang kita baca tadi menegaskan dengan kalimah “ummah” – iaitu satu golongan. Difahami daripadanya golongan ini ialah terdiri daripada pihak yang berkuaa yang teratas sekali dalam sesabuah negara sehingga kepada ibu bapa dan keluarga yang bertanggungjawab atau satu-satu kelumpuk keluarga termasuk ketua-ketua kumpulan dan mereka yang celik Agama.

Mengapakan kerja amar maaruf nahi mungkar ini amat penting? Jawapannya ialah dalam setiap suruhan baik dari Allah swt itu terdapat dua faedah besar. Satu untuk mendapat pahala yang membawa kita ke syurga Allah swt seandainya amalan-amalan baik itu dilakukan dengan ikhlas, dan satu lagi kiata dapat keberkata dalam kehidupan di dunia ini lagi. Jadi jelaslah kepada kita bahawa kerja-kerja baik boleh membawa kita hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Demikian pula dalam setiap larangan Allah swt yanng diistilahkan dengan mungkar itu terdapat dua bahaya besar; pertama- mendapat dosa dengannya bakal dihumbankan kedalam neraka. Manakala keduanya ialah mendapat kecelakaan dan bala di kala masih hidup di atas dunia ini. Maka jelaslah kepada kita bahawa kemungkaran itu sebenarnya menempah mala petaka di dunia dan azab di akhirat. Bencana Allah swt di dunia ini akan menimpa secara umum. Maknanya tidak hanya orang yang melakukan kemungkaran itu sahaja ditimpa bala bahkan mereka yang berada di sekelilingnya juga tidak terlepas daripa serpihan bala tersebut. Khususnya mereka yang bertanggungjawab untuk menangani kemungkaran tidak menjalankan tugas tersebut. Oleh kerana bala itu meratai semua manusia maka sepatutnya orang yang dinasihatkan itu tidaklah boleh marah atau bertindak bengis jika dinasihati; dan tidak boleh menganggap orang menjaga tepi kainnya. Sebaliknya wajib dia berterima kasih kerana rakannya telah cuba menyelamatkan dirinya sekali gus menyelamatkan diri rakannya itu.

Sabda Ar Rasul saw “Hendaklah kamu menjalankan usaha menyuruh kepada maaruf dan mencegah mungkar. Kalu tidak kamu dikuasai oleh orang-orang yang jahat. Di kala itu orang-orang baik dari kalangan kamu berdo’a, tetapi do’a mereka tidak diterima oleh Allah swt”(Rawahul Bukhari).

Oleh kerana kerja mencegah kemungkaran itu seolah-olah satu bantahan atau komplain terhadap sesaorang lain, makan boleh dikatakan kebanyakan manusia pantang dibantah atau ditegur kerjabuat. Maka Allah swt yang Maha Bijaksana telah memberi panduan bagaimana hendak menjalankan kerja-kerja Dakwah secara bijaksana serta boleh mendatangkan kesan yang baik.

Firman Allah swt, “Serulah kejalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan mu Dialah jua lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”(Surah An Nahli: 25)

Hikmah bererti tegas dan benar dan dapat membezakan antara yang baik denagn yang bathil. Dengan hikmah tidak akan membangkitkan kemarahan atau perasaan kecil hati dari pihak yang diseru. Ayat ini jelas memberi panduan kepada kita bagaimana cara menegur kesalahan orang lain supaya mereka tidak terasa kecil hati di samping dapat memberi kesan yang baik dari teguran kita itu. Iaitu hendaklah kita lakukan dengan cara diplomasi, yang sesuai dan dengan penuh kesabaran, ketenangan dan keikhlasan.

Walaupun demikian kita dapat mengharapkan kesan 100% daripada seruan dakwah kita itu. Kerana Allah Yang Maha Mengetahui siapakan yang akan diberi petunjuk lalu insaf serta mengikut dan siapa pula yang langsung tidak mendapat petunjuk lalu berada dalam kesesatan. Tegasnya kewajipan kita hanya mengajak, menegur dan menyampaikan kebenaran kepada manusia kejalan maaruf dan menghindarkan mereka daripada melakukan kemungkaran. Yang memberi klesan adalah hak Allah swt. Kita tidak harus berkecil hati atau berasa kecewa dengan sikap orang yang kita seru atau kita dakwahkan itu tidak mahu ikut seruan kita. Kerja kita hanya menegur dengan bijaksana. Yang memberi hidayah dan mengubah hati-hati manusia itu kerja Allah swt.

Di dalam usaha menyuruh kepada maaruf dan mencegah mungkar terhadap golongan kanak-kanak dan golongan muda remaja ini, kita amat tertarik dengan cara datuk nenek kita dahulu melaksanakan tugas tersebut dan juga sikap ibubapa di zaman dahulu yang rela anak-anak mereka ditegur, hatta dipukul dengan cara hendak mengajar adab.

Pada zaman itu orang tua-tua setempat atau dalam sesebuah kampong bertanggung jawab menegur, memarahi anak sesiapa sahaja seperti anak sendiri jika didapati melakukan kerja-kerja mungkar dengan tidak merasa takut mendapat tindak balas dari ibu bapa anak-anak tersebut. Dan ibu bapa pula menyokong tindakan orang tua-tua yang memberi teguran tersebut. Biasanya ibu bapa akan bertindak tambah jika anak-anak mereka telah ditegur atau dimarahi oleh mana-mana orang tua-tua dalam kampong itu. Dengan cara ini anak-anak dalam sesebuah kampong merasa takut kepada orang tua-tua dan merasa malu dan curiga hendak melakukan perbuatan mungkar di luar rumah mereka, kerana takut terserempak dengan orang tua- tua kampong itu.

Tuan-tuan,
Sebenarnya cara ini amatlah baik dan sesuai dengan kehendak Agama Islam, dengan syarat pihak-pihak yang berkenaan hendaklah bertindak dengan jujur, ikhlas serta ‘adil.

Berlainan sekali dengan sikap ibu bapa zaman ini, ibu bapa tidak rela anak mereka ditegur walaupun anak-anak mereka melakukan kerja-kerja mungkar secara terang-terangan. Lantaran itu anak-anak muda tidak merasa takut dan segan kepada orang tua-tua. Malah tidak menghurmati orang tua-tua, akibatnya dapat kita lihat perlakuan maksiat dan mungkar telah bermaharajalela yang dilakukan oleh anak-anak muda kita hingga di depan mata orang tua, di hadapan guru-guru, termasuk guru-guru agama. Golongan ini hanyadapat melihat dengan penuh penyesalan, kerana mereka faham bala daripada perbuatan tersebut akan tertimpa keatas semua orang termasuklah diri mereka sendiri.

Oleh yang demikian mimbar Jumaat hari ini mengajak para jemaah sekalian agar sama-sama berfikir kalau dapat dihidupkan semula tradisi orang tua-tua kita dahulu dan hendaklah kita mengubah sikap dan menerima hakikat bahawa kalau betul anak-anak kita melakukan perkara-perkara mungkar, janganlah dimarahi jika diberi tahu atau ditegur oleh orang lain. Jika tindakan sebegini dijalankan dengan betul kita pasti insya Allah akan dapat melihat kesannya yang baik dan bala Allah tidak akan menimpa kampoing halaman kita Insya Allah.

No comments:

Post a Comment