April 09, 2009

KHUTBAH 18HB MEI 2002

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
Khutbah 18hb Mei 2002


Al-Imran: 79 yang bererti "Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya tergamak mengatakan kepada orangramai: "Hendaklah kamu menjadi orang ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta'ala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya."

Sidang Jumaat

Ketahuilah bahawa jihad-al-syaitan atau berperang melawan syaitan itu ialah dengan menolak sebarang yang dicampakkan atau sebarang bisikan syaitan kepada manusia daripada perkara-perkara kesamaran dan keraguan yang boleh mencederakan iman dan memesongkan akidah kita. Dan memerangi syaitan dengan menolak segala kemahuan-kemahuan dan keinginan-keinginan yang datang daripada syaitan laknatullah. Maka jihad yang pertama dengan syaitan ini ialah senjata yakin dan yang kedua dengan senjata sabar,

firma Allah surah As Sajdah: 24 yang bererti "Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."


Sidang Jumaat

Bagaimanakah kita hendak menolak dengan yakin setiap bisikan dan kesamaran yang dicampakkan dan dilimparkan oleh syaitan laknatullah sekiranya kita sendiri tidak mempunyai alat-alat yang lengkap? Alat-alat yang mantap lagi utuh untuk menangkis, untuk menepis untuk mematah segala jenis kesamaran in? Jawapannya, alat-alat yang mantap ini tidak lain dan tidak bukan ialah ilmu, iaitu ilmu agama.

Sidang Jumaat

Kita lihatlah umat-umat islam kini. Mereka tidak sanggup memerangi nafsu dan sanggup pula mengikut bisikan dan ajakan-ajakan syaitan. Orang-orang alim mereka tidak sanggup menyampaikan perkara-perkara yang benar dan sanggup pula mereka ini menyembunyikan perkara-perkara yang benar kerana takut hilang pangkat kedudukan di sisi pemimpin-pemimpin mereka. Yang lebih menyedihkan dan mendukacita lagi ada di antara umat-umat islam yang tidak mahu menuntut ilmu agama dan sanggup membiarkan diri mereka di dalam kejahilan dan kebodohan terhadap hukum-hakam agama.

Dan ada juga di anatara umat islam di akhir zaman ini sanggup melantik diri mereka sendiri sebagai ahli jawatankuasa masjid dan surau tanpa mendapat sokongan atau persetujuan anak khariah atau tanpa bermesyuarat terlebih dahulu semata-mata bertujuan untuk menentang dan menyekat kebangkitan islam dengan menghalang umat islam amnya dan muda mudi khasnya melakukan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan seumpama menuntut ilmu agama dengan memecat dan menghalang guru-guru dan ustaz-ustaz daripada mengajar di surau-surau dan masjid-masjid yang sedia ada kuliah-kuliahnya dengan alasan berlainan fahaman politik dengan mereka dan pemimpin mereka.

Kita dapat lihat juga bagaimana nafsu dan syaitan menembusi ibu bapa dan muda mudi islam kini. Ibu bapa tidak lagi sanggup dan tidak lagi berani menegur anak mereka yang tidak menuntup aurat, anak mereka yang tidak sembahyang, anak mereka yang tidak menuntut ilmu agama, atau anak mereka yang melepak di tepi-tepi jalan, atau anak mereka yang keluar dengan lelaki yang bukan muhrim atau yang membawa pulang perempuan yang bukan muhrim dan membawa pulang lelaki yang bukan muhrim kerumah mereka. Ini adalah kerana mereka takut hilang wang ringgit dan harta benda. Begitulah dengan muda mudi Islam kini, mereka mengikut nafsu dan bisikan syaitan. Mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah syarak (islam) demi memuaskan nafsu mereka.

Manakala berjihad atau berperang dengan orang-orang kafir, munafik dan orang zalim ialah dengan hati, dengan lidah, dengan harta benda dan jiwa raga. Bahkan seandainya islam memerlukan darah-darah yang mengalir di dalam tubuh kita dan nyawa kita sekali pun, maka hendaklah korbankan demi melihat islam tertegak di atas muka bumi Allah ini.

Jihad ini, perjuangan ini yang mana kita telah difardukan, yang mana kita telah diperintahkan melakukannya adalah mempunyai matlamat yang tinggi dan mulia serta tujuan yang besar iaitulah : Yakni untuk meninggi kalimah Allah, sebarang jihad, sebarang peperangan, sebarang perjuangan yang dilakukan oleh kita umat Nabi Mohammad SAW tidak akan diterima oleh Allah SWT selagi mana ia tidak mempunyai maksud yang demikian. Firma Allah SWT:Yang bermaksud “orang-orang mukmin berjihad mereka itu kerana menegak agama Allah, sedang orang-orang kafir itu mereka berperang kerana thoughut (syaitan atau berhala)" yang berarti walau sebagaimana besar dan hebat perjuangan sesaorang islam, tetapi tujuan tidak terletak di atas maka akan runtuhlah dan musnahlah amalan jihad itu di sisi Allah dan di akhirat ia akan termasuk kedalam orang-orang yang rugi.

Kepada Rasullullah SAW ditanya darihal seorangn lelaki berjihad kerana (untuk mendapat rampasan) seoraang lelaki berjihad kerana atau atau memelihara kaumnya dan seorang lelaki berjihad kerana memandang kedudukan yang akan diperolihinya, maka yang mana satu daripadanya yang dikatakan fi sabil lillah? Maka Rasulullah menjawab :
yang bermaksud barang siapa berjihasd kerana hendak menegak kalimah Allah maka dialah dinamakan fi sabi lillah.

Sesungguhnya makna kalimah Allah itu termasuklah menegak kebenaran, keadilan, memerangi orang-orang yang memulakan permusuhan terhadap muslimin, memerangi kemungkaran, menolong orang yang lemah dan tertindas dan sebagainya. Inilah makna dengan erti kata yang luas.

Sidang Jumaat

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kita tidak akan dapat masuk kedalam syurga Allah melainkan hendaklah kita berjuang, hendaklah kita berjihad dan tidaklah kita dapat berjuang dan berjihad dengan ini semua melainkan dengan kita memperolihi iman dan akidah yang mantap. Dengan iman dan akidah yang utuh lagi kuat. Dan tidak kita dapat memperolihi iman dan akidah yang mantap lagfi utuh melainkan dengan berdasarkan ilmu-ilmu yang dibawa datang oleh Rasulullah SAW melalui ulamak-ulamak muktabar iaitulah dari golongan ahli sunnah wal jamaah.

.

No comments:

Post a Comment