April 09, 2009

KHUTBAH 7 SEPTEMBER 2001

MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
KHUTBAH 070901


Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihurmati sekalian
Bertaqwalah kita kepada Allah dengan mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada Allah pada setiap saat, setiap tempat dan setiap keadaan. Semoga kita merdeka di dunia (merdeka jiwa) dan merdeka di akhirat (mardhotillah), Insya Allah.

Bermaksud “Wahai manusia bertaqwalah (patuhlah) kepada Tuhan kamu, sesungguhnya goncangan saat (Hari Khiamat) itu adalah suatu peristiwa yang sangat dahsyat. Ingatlah pada hari itu kamu melihat perempuan yang menyusukan anak melupakan anak yang disusukannya, dan setiap perempuan yang mengandung keguguranlah kandungan segala wanita yang mengandung (hamil), dan kamu melihat manusia dalam keaadaan mabuk, pada hal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah amat keras”. Al-Haj: 1-2

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah awt,
Tidaklah keterlaluan jika katakan bahawa ummat Islam pada hari ini di dalam kesibukan mereka mencari kehidupan di dunia. Kebanyakan tidak mengambil berat, tidak mengambil kira perhitungan hari akhirat seperti mana mereka menghitungkan untuk hal-hal keduniaan mereka. Bahkan ada di anatara ummat Islam yang tidak mengambil hirau langsung akan hari yang maha hebat dan maha dahsyat seperti yang disebutkan tadi. Lihatlah betapa sibuknya manusia yang bergelar muslim sanggup bertungkus lumus, bersusah payah berusaha untuk mendapat secebis kesenagan di dunia ini. Tetapi mereka sedikit pun tidak sibuk membuat persediaan dan persiapan untuk menghadapi hari yang sangat getir, hari yang penuh dengan kesengsaraan kepanasan api neraka Jahannam yang tak tertanggung oleh mana-mana makhluk. Kita lihat ramai di kalangan kita yang sanggup mencekang mata tak tidur malam, berusaha bersunguh-sunguh, sanggup berpenat lelah mencari secibis kesenangan dunia terkadang kadang sehingga terlupa siapa diri mereka, terlupa hak-hak jiran tetangga, hak masyarakat apatah lagi hak Masjid (berulang alik ke masjid ini untuk sembahyang jemaah dan menghadiri diri dalam majlis-majlis ilmu yang disediakan). Oleh kerana terlalu kasihkan dunia maka Allah sibukkan kagi dengan kerja buat mereka sehingga tidak sempat untuk memikirkan persoalan Akhirat yang amat benar.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt
Mahu tidak mahu semua orang pasti akan mati, pasti akan datang ke masjid juga apabila keranda diusung. Mahu tidak mahu semua orang pasti bertemu dengan dua pilihan, Syurga yang penuh nikmat atau neraka yang penuh azab. Cepat atau lambat sahaja.

Tuan-tuan
Walaupun alQuraan berkali-kali menyebut bertaqwalah kepada Allah, berimanlah kepada Allah, berimanlah kepada hari Akhirat, namun kebanyakan manusia yang bernama Muslim itu terus lalai dan melupakannya. Biasanya orang-orang seperti ini merasakan bahawa hari yang mahadahsyat itu adalah masalah kecil yang tak perlu difikirkan. Buat apa susah-susah memikirkan benda ini. Bisik hati mereka. Masih terlalu jauh dengan mereka. Bagi orang-orang seperti ini yang penting ialah dunia yang ada dihadapan mata mereka inilah yang mesti diuatamakan. Yang ada dalam pemikiran mereka hanyalah makan, tidur, bangun cari makan, berseronok suka, relek-relek, menghambur waktu dan harta hanya untuk memuaskan hawa nafsu. Buat apa pening kepala memikirkan mati, akhirat dan sebagainya! Yang penting makan, tak kira kawan atau rakan. Golongan inilah yang paling ramai di dunia pada hari ini.

Maksud ayat: “Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang di dunia dan mereka makan sepertimana makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”. (Muammad: 12)

Inilah amaran Allah swt bagi golongan yang pertama ini. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita melihat ramai di kalangan ummat Islam bukan sahaja golongan remaja malah wanita dewasa pun mendedahkan rambut tanpa rasa apa-apa. Walhal mendedah aurat sehelai rambut sahaja akan diazab selama 700 tahun akhirat, satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Bayangkan tuan-tuan, saudara-saudara yang mulia, siapakah yang akan menanggung sama balasan azab Allah ini? Melainkan kita sebagai bapa, sebagai suami kepada isteri yang redho dan merelai anak-anak kita, isteri-isteri kita melakukan maksiat ini! Bagitu juga bukan sahaja golongan remaja bahkan orang-orang dewasa lelaki pun sanggup memakai seluar pendek di hadapan khalayak ramai mendedahkan aurat. Maka tidak hairanlah pada hari ini kitab suci lagi mulia (Al-Quran alkarim) yang merupakan Mukjizat teragong, berani dipijak dikoyak oleh ummat Islam lantaran kejahilan dan kelalaian ummat Islam itu sendiri.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt
Golongan kedua pula ialah golongan yang pendirian mereka berubah-ubah seperti daun lalang. Golongan ini mudah terpengaruh dengan suasana dan keadaan sekeliling. Biasanya golongan ini akan menunaikan perintah Allah, akan hanya beribadat kepada Allah apabila ibadat itu boleh menguntungkan mereka, tidak menyusahkan diri mereka. Mereka akan beribadat jika mendapat pujian dan sanjungan manusia. Sebaliknya jika ibadat itu mendatangkan kerugian atau menyusahkan, atau mereka dihina, dikeji dan sebagainya maka mereka ini akan lari meninggalkannya. Golongan ini biasanya menganggap agama hanya benda sampingan. Boleh diambil bila senang dan boleh ketepikanjika menyusahkan atau merugikan. Golongan inilah yang berfahaman bahawa urusan dunia tidak boleh campur dengan akhirat – (dunia lain akhirat lain – politik asing agama asing). Tidak boleh camapur. Agama dalam masjid sahaja. Seolah-olah kita boleh lakukan apa sahaja di luar kawasan masjid walaupun perkara itu melanggari syari’at Allah. Seolah-olah Allah tidak mengambil kira apa yang kita lakukan ketikamana kita berada di laua masjid. Bagitulah kesimpulannya. Sebenarnya inilah suatu fahaman yang dikatakan fahaman sekular, suatu aliran fahaman yang sesat bagi menyesatkan akidah ummat Islam.

Bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia beroleh kebajikan tetaplah ia dalam keadaan itu. Dan jika ia ditimpa oleh sesuatu bencana berbaliklah ia kebelakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian ituadalah kerugian yang nyata”. (Al Hajj: 11)

Hadirin mukminin yang dikasihi sekelian,
Golongan ketiga ialah golongan manusia yang menjuruskan seluruh detik kehidupannya semata-mata untuk mencapai keredhoan Allah swt. Orang-orang ini berfahaman bahawa tidak ada satu detik pun yang berlalu yang tidak diperpertanggung jawabkan di hari akhirat kelak. Justru itu, seluruh detik, seluruh tenaga, fikiran, harta benda hatta jiwaraga mereka sedia dan mereka serahkan semata-mata kepada Allah Azzawajalla.

Bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang menjual seluruh diri mereka kerana mencari keredhoan Allah dan Allah maha penyatun kepada hamba-habaNya”. (Al Baqarah: 207)

Mufassir Ibnu Kathir dalam menyimpulkan ayat ini menyatakan bahawa ayat ini boleh disesuaikan secara umum kepada setiap Mujahiddin pejuang penegak agama Allah. Iaitu setiap diri yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat mesti bersedia untuk mengurbankan apa sahaja, mengurbankan seluruh keupayaan, tenaga, harta, jiwa dan raga untuk Allah semata-mata. Mereka tidak takut melainkan kepada Allah swt. Mereka sedar bahawa apa sahaja yang ada pada mereka hanyalah sekadar pinjaman dari Pemimpin yang maha Pemurah. Seluruh kehidupan mereka memenuhi tuntutan ikrar sumpah dan janji setia kepada Allah swt. Setiap nafas yang bertentangan dengan hukum-hukum Allah mereka tentang habis-habisan. Inilah golongan Mujahiddin yang berani mati semata-mata kerana Allah.

Justru itu, tuan-tuan yang dirahmati Allah swt, berfikirlah dalam golongan mana kita berada. Pertama, kedua atau ketiga. Adakah kita termasuk dalam golongan pertama yang semata-mata memberhalakan hawa nafsu dan syaitan? Di mana golongan ini tempatnya di dalam Neraka Jahannam – na’uzubillah hi minzalik. Atau pun golongan ketiga iaitu golongan yang mengabdikan seluruh kehidupan semata-mata mencari mardhotillah. Tepuk tangan dan tanyalah IMAN DAN TAQWA.


Bermasuk, “Tidaklah sama keadaan orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang yang beriman - selain daripada orang yang keuzuran - dengan orang-orang Mujahiddin (yang berjihad pada jalan Allah) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang Mujahiddin (yang berjihad pada jalan Allah) dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang tidak turut berperang dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang Mujahiddin (yang berjihad pada jalan Allah) atas orang-orang yang tidak berperang dengan pahala yang amat besar”. (An Nisaa: 95)

No comments:

Post a Comment